Saturday, June 12, 2010

WAJIBATKU TERHADAP AGAMA KU...

Wajibatku!

WAJIBAT 38

  1. Hendaklah ada bagi diri kita wirid harian dari Al-Quran, tidak kurang dari 1 juzuk. Berusahalah untuk setiap kali khatam 30 juzuk tidak lebih lama dari sebulan dan tidak lebih pendik dari 3 hari.
  2. Kita hendaklah memperbaiki bacaan Al-Quran, mendengar orang lain membacanya dan mengamati pengertian-pengertiannya. Kita mempelajari Sejarah Rasulullah saw, sejarah para Salaf (generasi Islam yang awal) sebanyak masa yang terluang pada kita. Perbanyakkan membaca Hadis Rasulullah saw. Hafallah sekurang-kurangnya 40 hadis (seperti buku Hadis 40 oleh Imam Nawawi). Hendaklah kita mempelajari satu buku dalam Asas Aqidah dan satu buku dalam Fiqh Ibadat.
  3. Bersegera melakukan pemeriksaan kesihatan badan yang menyeluruh, memakan ubat ke atas penyakit yang dihidapi, mengambil berat perkara-perkara yang membina kekuatan dan ketahanan badan dan menjauhkan diri dari sebarang sebab-sebab yang memudaratkan kesihatan diri.
  4. Jauhilah dari berlebihan minum kopi, teh pekat dan minuman-minuman penyegar yang lain. Jangan mengambilnya kecuali jika terpaksa. Hendaklah menjauhkan diri sama sekali dari merokok.
  5. Hendaklah mengambil berat tentang kebersihan dalam tiap sesuatu seperti tempat tinggal, pakaian, makanan, badan, tempat kerja dan lain-lain. Sesungguhnya Agama ini dibina diatas asas kebersihan.
  6. Hendaklah sentiasa benar dalam perkataan. Jangan sekali-kali anda berbohong.
  7. Hendaklah kita menunaikan janji, perkataan dan persetujuan. Jangan memunkirinya walau dalam apa jua keadaan sekali pun.
  8. Hendaklah kita menjadi seorang yang berani, kuat menanggung bebanan. Berani yang paling baik ialah berterus terang menyampaikan kebenaran, menyembunyi rahsia, mengaku kesilapan, berlaku adil terhadap diri dan mengawal diri ketika marah.
  9. Hendaklah menjaga hemah diri sehingga boleh dihormati dan sentiasa bekerja dalam kesungguhan, tetapi ini tidak menghalang kita dari bergurau secara benar dan ketawa secara senyuman.
  10. Hendaklah kita kuat sifat pemalu, perasaan yang mendalam, kuat terkesan dengan kebaikan dan keburukan, gembira dengan kebaikan, pedih kerana kejahatan. Hendaklah kita tawadhuk tanpa hina.
  11. Hendaklah kita bersifat adil, betul dalam mengeluarkan hukum dalam setiap keadaan. Janganlah kemarahan menyebabkan kita lupa kepada kebaikan-kebaikan. Jangan pula keredhaan menutup mata kita dari melihat keburukan-keburukan. Janganlah permusuhan menyebabkan kamu melupakan keindahan. Berkata benarlah walaupun mengena kepada diri sendiri atau orang yang terdekat dengan kita walaupun ianya pahit.
  12. Hendaklah kita sangat aktif dan terlatih dalam melaksanakan khidmat-khidmat masyarakat. Kita rasa gembira jika dapat menyumbang sesuatu khidmat kepada orang lain. Kita menziarahi orang sakit, menolong orang yang memerlukan bantuan, menanggung orang yang lemah, membantu orang yang ditimpa bencana walaupun dengan perkataan yang baik dan sentiasa bersegera ke arah kebaikan-kebaikan.
  13. Hendaklah kita memiliki hati yang penyayang, pemurah, lapang, memaafkan, bersahabat, kasih, bersopan santun, berlembut terhadap orang ramai dan haiwan, cantik dalam pergaulan, baik tingkahlaku terhadap semua orang, menjaga adab-adab Islam dalam masyarakat seperti menyayangi mereka yang lebih muda, menghormati mereka yang lebih tua, melapangkan tempat dalam majlis, tidak mengintip-intip kesalahan orang, tidak mengumpat, meminta izin untuk masuk atau keluar dan sebagainya.
  14. Hendaklah kita baik dalam membaca dan menulis. Banyak meneliti buku, akhbar, majallah, lamanweb Islam dan seumpamanya. Kita mempunyai perpustakaan sendiri walaupun saiznya kecil. Kita benar-benar pakar dalam ilmu dan kemahiran sekiranya kita adalah seorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu. Kita mahir dalam hal ehwal umat Islam sehingga ke tahap kita dapat gambaran yang jelas dan dapat mengeluarkan keputusan yang slari dengan keperluan Dakwah semasa.
  15. Hendaklah kita melakukan kerja keusahawanan walaupun kita seorang yang kaya. Kita mengutamakan berniaga sendiri walaupun pada kadar yang sekecil mana dan walau tahap ijazah anda setinggi mana.
  16. Jangan kita hanya beriya-iya mencari pekerjaan sebagai kakitangan kerajaan dengan menganggap ianya adalah sesempit pintu rezeki. Tetapi jangan pula kita menolaknya sekiranya diberikan peluang.
  17. Hendaklah kita bersungguh-sungguh dalam melaksanakan kerjaya kita dengan tekun, berkualiti, disiplin dengan masa dan janji serta tidak menipu.
  18. Tunaikan hak-hak diri sendiri dengan baik dan hak-hak orang lain dengan sempurna tanpa cacat, berlengah-lengah atau menunggu mereka menagih-nagih hak mereka dari kita.
  19. Jauhilah judi dalam segala bentuknya, walau apa pun tujuan disebaliknya. Jauhi segala bentuk pendapatan yang haram walaupun dengannya kita mendapat keuntungan yang cepat.
  20. Jauhilah riba dalam semua urusan. Bersihkan diri kita sepenuhnya darinya.
  21. Bantulah ke arah meningkatkan ekonomi umat Islam secara umum dengan menggalakkan produk dan institusi ekonomi Islam. Jagalah setiap sen anda agar tidak jatuh ke tangan yang tidak sepatutnya dalam apa keadaan sekalipun. Janganlah anda memakai dan makan selain dari produk tanahair Islam anda sendiri.
  22. Berilah sumbangan dari sebahagian wang kita kepada Dakwah. Tunaikan zakat harta kita. Peruntukkan sebahagian lagi dari wang kita untuk mereka yang memerlukannya walau sekecil mana sekalipun pendapatan kita.
  23. Buatlah tabung simpanan sendiri dari sebahagian pendapatan kita walau sedikit mana sekalipun untuk menghadapi sebarang bentuk kecemasan. Janganlah sekali-kali kita bermewah-mewah dalam perbelanjaan apatah lagi tenggelam dalam kemewahan.
  24. Berusaha sedaya upaya menghidupkan adat dan budaya Islam dan melenyapkan budaya asing dalam segenap aspek kehidupan seperti ucap selamat, bahasa pertuturan, sejarah, pakaian, perhiasan rumah, masa bekerja dan rehat, makan minum, cara ketibaan dan bersurai, kesedihan dan keraian dan sebagainya. Hidupkanlah Sunnah dalam setiap perkara di atas.
  25. Kita menjauhi setiap bentuk dan perkara yang tidak Islamik seperti kelab, akhbar, organisasi, sekolah, badan dan sebagainya yang bertentangan dengan fikrah Islam sejati.
  26. Sentiasa merasakan kehadiran Allah swt, mengingati Akhirat, membuat persiapan menghadapinya, berusaha melalui jalan menujuNya dengan penuh sedar dan azam, berusaha mendekati Allah swt dengan melakukan perkara-perkara sunat nawafil seperti solat malam, puasa sekurang-kurangnya 3 hari stiap bulan, membanyakkan zikir hati dan lidah dan mengamalkan doa yang makthur (datang dari Rasulullah saw) dalam setiap keadaan.
  27. Kita baik dalam bersuci dan berada di dalam keadaan berwudhuk sebanyak waktu yang boleh.
  28. Kita baik dalam bersolat, membiasakan diri mengerjakannya dalam waktunya, berusaha menunaikannya secara berjemaah di masjid seberapa boleh.
  29. Kita berpuasa Ramadan dan menunaikan Haji sekiranya berkemampuan. Kerjakanlah ia sekarang sekiranya sudah mampu.
  30. Sentiasa menanam niat Jihad, cinta mati syahid dan membuat persediaan untuknya semampu anda.
  31. Perbaharui taubat dan istighfar dari masa ke semasa. Jaga diri dari dosa-dosa kecil, apatah lagi dosa-dosa besar. Peruntukkanlah satu jam sebelum tidur untuk kita menyemak diri tentang perbuatan yang telah lakukan dilakukan sepanjang hari samada baik atau buruk.
  32. Hendaklah berjihad kuat melawan nafsu syahwat hingga kita dapat memimpinnya. Tundukkan pandangan, kawal perasaan, hadapi runtunan nafsu dalam diri dan tingkatkan ia dengan menyalurkannya kepada yang halal dan baik dan halang ia dari apa sahaja bentuk yang haram.
  33. Jauhi arak, makanan minuman yang memabukkan dan apa sahaja yang seumpamanya.
  34. Jauhi dari berkawan dengan orang-orang yang jahat lagi merosakkan serta tempat-tempat maksiat dan dosa.
  35. Membenteras tempat-tempat berpoya-poya apatah lagi mengunjunginya. Jauhi dari bentuk bermewah-mewah.
  36. Mengenali setiap orang yang berdakwah dan bekerja untuk Islam. Kita juga memperkenalkan diri kita kepada mereka, melaksanakan hak-hak mereka seperti mengasihi, menghormati, membantu dan mengutamakan mereka dari diri kita sendiri dalam setiap pergaulan. Cuba sedaya upaya menghadiri program yang dianjurkan, jangan ponteng kecuali dengan uzur syar’iyy.
  37. Menjauhi badan atau perkumpulan yang tidak mendatangkan faedah kepada Islam dan tidak membawa ke arah mencapai matlamat murninya.
  38. Berusaha menyebarkan Dakwah ke setiap tempat, tidak melakukan perbuatan yang boleh menjejaskan nama baik Islam dan pendakwahnya dan sentiasa bersedia melaksanakan tugasan yang diberikan demi mencapai kebaikan dan kemajuan Dakwah Islam.

10 wasiat hassan al banna..

1o Wasiat Imam Hasan Al-Banna

1. Dirikanlah solat tatkala engkau mendengar azan, betapapun keadaan di waktu itu.

2. Bacalah Al-Qur-an, atau telaahlah tafsirannya atau dengarkanlah orang lain membacanya, atau zikirlah kepada Allah dan janganlah engkau gunakan sebahagian waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.

3. Berbicaralah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana yang demikian itu termasuk syi’ar Islam.

4. Jangan banyak berdebat dalam hal apapun, kerana pertengkaran itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

5. Janganlah banyak tertawa, sebab hati yang berhubungan dengan Allah itu adalah tenang dan mantap.

6. Jangan suka berkelakar berolok-olok, sebab umat yang berjuang tidak mengenal selain kesungguhan.

7. Janganlah engkau keraskan suaramu melebihi yang diperlukan oleh pendengar, kerana hal itu menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.

8. Jauhilah menghina orang, mencela organisasi dan janganlah berbicara kecuali pembicaraan yang baik.

9. Perkenalkanlah dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta hal itu darimu, sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling kenal mengenal.

10. Kewajiban selalu lebih banyak dari yang tersedia, sebab itu bantulah orang lain untuk memanfa’atkan waktunya. Jika engkau mempunyai suatu urusan, maka selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya.

Kehebatan Imaginasi..

PERJALANAN beribu-ribu batu bermula daripada langkahan pertama kita. Langkahan kali ke seribu tidak akan ada andai tidak dimulai dengan langkahan yang pertama, percayalah!

Jadi, apapun impian, cita dan matlamat itu, mestilah dimulai dengan satu daya tolak ke arah itu.

“Imagination is more important than knowledge.”

Ya. Saya sukakan ungkapan ini. Kenapa Albert Einstein berkata begitu? Tidak lain tidak bukan kerana dalam mencapai sesuatu impian itu, segalanya pasti dan mesti bermula dari minda. Anggota kita tidak akan mampu berbuat apa-apa selagi belum mendapat rangsangan dan arahan yang kukuh daripada otak kita.

Jika lemah rangsangan dan arahan yang diberi, maka lemah jugalah anggota kita untuk melaksanakan impian itu. Jika kuat, maka semakin kuatlah tubuh kita bekerja dan berusaha untuk merealisasikan matlamat itu.

Jadi, benarlah bahawa imaginasi itu sebenarnya mampu membawa kita menerawang jauh ke masa hadapan kita. Kadang-kadang, kita tak nampak pun lagi bila, bagaimana dan apa cara kejayaan itu bakal digapai, namun dengan kekuatan imaginasi itu sendiri kita mampu untuk pergi membawa pemikiran kita jauh ke arah impian itu.

Bina kekuatan dalaman..

KITA berjumpa kembali di alam yang sama, namun di dua situasi dan keadaan yang mungkin berbeza.

Ada di antara anda yang mungkin sedang bersedih. Ada di antara anda juga yang sedang bergembira.

Apapun tuan puan, marilah kita usahakan semampu yang mungkin untuk menceriakan diri kita. Nak sedih atau nak gembira, kita yang pilih. Jadi, kenapa mesti memilih untuk berduka?

Bila ada saatnya kita mungkin ada merasa kurang keyakinan. Itu yang menyebabkan kita kadang-kadang rasa macam sedih, muram dan sebagainya. Selalu kita berhadapan dengan situasi macam ni.

Justeru, macam mana kita nak atasi masalah kurang yakin dan rasa rendah diri ni?

1. Bina kekuatan dari dalam.

Ramai yang tak sedar bahawa mereka tu hebat sebenarnya. Nak bina kekuatan dari dalam ni, kita mesti benar-benar kenal diri kita. Kita mesti tahu apa kelebihan dan apa kekuatan diri kita.

Kita selalu gagal untuk betul-betul kenal diri kita sebab kita sendiri tak pernah cuba untuk bina kekuatan jati diri kita yang kukuh dari dalam.

Pernahkah anda rasakan bahawa anda adalah manusia yang paling bodoh di dalam dunia ni tatkala anda mendapat sesuatu kegagalan.

Kegagalan tu tak semestinya yang besar-besar. Contohnya mungkin, anda hanya gagal untuk melepasi suatu halangan, lopak atau mungkin sebuah longkang kecil. Anda mungkin terjatuh ke situ.

Atau anda mungkin terpijak akan tahi kucing, padahal anda dah tahu pun di situ memang banyak kucing-kucing yang tidak bertuan.

Bila perkara ni berlaku pada anda, anda mungkin akan berasa andalah orang yang paling gagal di dalam dunia. Gagal kerana anda masih melakukan kesilapan yang sama dan serupa.

Rasa dan perasaan ini wujud kerana kita gagal untuk mengenali siapa diri kita yang sebenarnya.

Kalau anda kenal siapa dan bagaimana anda mampu menghasilkan sesuatu kesudahan yang hebat-hebat daripada sebuah kegagalan, anda tak akan rasa sedih. Sebab anda tahu bagaimana untuk menghasilkan suatu kejayaan daripada diri anda sendiri.

Sebab anda tahu dengan kegagalan itu anda belajar banyak lagi perkara. Dengan kesilapan itu juga anda akan menambahkan satu lagi pengalaman yang cukup berharga buat diri anda.

Jadi, binalah kekuatan anda dari dalam. Kenal betul-betul kelebihan anda. Dan hasilkanlah kejayaan yang benar-benar hebat daripada kekuatan dalaman anda itu.

Tuesday, June 8, 2010

LA TAHZAN..JANGAN BERSEDIH..

Jangan Bersedih:1. Sedarilah bahawa jika Anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan terpecahlah fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda. Inilah makna sabda Rasulullah: "Jika pagi tiba, janganlah menunggu petang; dan jika petang tiba, janganlah menunggu hingga waktu pagi."

2. Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi, kerana perhatian yang terpaku pada yang telah lewat dan selesai merupakan kebodohan dan kegilaan.

3. Jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.

4. Jangan mudah tergoncang oleh kritikan. Jadilah orang yang teguh pendirian, dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri Anda setara dengan kritikan tersebut.

5. Beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia.

6. Barangsiapa menginginkan ketenangan, keteduhan, dan kesenangan, maka dia harus berdzikir kepada Allah.

7. Hamba harus menyedari bahwa segala sesuatu berdasarkan ketentuan qadha' dan qadar.

8. Jangan menunggu terima kasih dari orang lain.

9. Persiapkan diri Anda untuk menerima kemungkinan terburuk.

10. Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya untuk diri Anda.

11. Semua qadha' bagi seorang muslim baik adanya.

12. Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah.

13. Anda dengan semua yang ada pada diri Anda sudah lebih banyak daripada yang dimiliki orang lain.

14. Yakinlah, dari waktu ke waktu selalu saja ada jalan keluar.

15. Yakinlah, dengan musibah hati akan tergerak untuk berdoa.

16. Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati.

17. Sesungguhnya setelah kesulitan itu akan ada kemudahan.

18. Jangan pernah hancur hanya kerana perkara-perkara yang remeh-temeh.

19. Sesungguhnya Rabb itu Maha Luas ampunan-Nya

MY BELOVED STUDENT AT SMK TG.PENGELIH

AL AMAL BY MRSM BATU PAHAT

FIRSTTIME DENGAR... SEDAP PULAK..LEH BUAT CD TU..HE3..ALL THE BEST BRO AND SIS MRSM BP 2010...

Wednesday, June 2, 2010

WAJAH SANG JUARA MRSM BATU PAHAT




SEMALAMAN BERSAMA DENGAN SANG JUARA.. INGATLAH ANAK2 KU... TIADA APAPUN AKAN TERJADI KECUALI ANDA MULA BERTINDAK... PASTIKAN 2010 MRSM BATU PAHAT TOP 10 DI SELURUH MALAYSIA... INGAT TU ANAK2KU.. ALL THE BEST.. SIAPA ANDA? JUARA!!! SIAPA JUARA? SAYA!!! GEMPUR! WIRA! 3X... MRSM MANA YANG HEBAT??? MRSM BATU PAHAT!!!! ALL THE BEST ANAK2 KU...

suara anak2 MRSM BATU PAHAT