Tuesday, June 15, 2010

kesiannya cikgu matematik dia..he3

Oh sad...he tried to answered it. He did the expansion. But the ink splashed on his answer.


Haha...if you are the teacher, you have to be patience, kid answered from their heart, if that the answer they gave, they really meant it. They don't have other intention. And they can be very funny....

hahaha...

Answers That Make Mathematic Teacher Goes Nut


I'm sure the teacher goes nut dealing with these super genius kids. :D

Monday, June 14, 2010

lawak tak?

12 kata-kata motivasi baik punya.. fikir2kan amal2kan..

Apa kata-kata anda dan strategi anda bagi membina kekuatan dalaman diri anda apabila anda rasa tertekan, gagal atau lemah? Ketika anda rasa risau, rasa was-was atau tidak yakin, gementar atau takut, apa kata-kata terhadap diri anda yang anda boleh gunakan untuk menghadapi segala arus negatif dan gelap itu?

Berikut adalah 12 pilihan kata-kata motivasi, keyakinan, kekuatan dalaman dan kata-kata yang boleh menguatkan kekuatan jati diri yang dipilih dari lebih 2000 kata-kata motivasi dan semangat. Bacalah dengan mata fikiran, dan biarkan setiap satu darinya memberi kekuatan dan semangat kepada anda. Cuba hayati maknanya:

  1. Esok jadi tahun – Jika anda boleh lakukannya sekarang, ambilnya dan – Buat!

  2. Apa yang anda hendak takutkan? 'Ahh.. tidak tahulah saya boleh lakukannya atau tidak', mungkin itu yang anda kata. Baiklah. Itu bukan bermakna anda 'tidak boleh', itu hanya bermakna yang anda hanya tidak tahu bahawa anda boleh lakukannya atau tidak. Jadi bagaimana untuk tahu anda boleh buat atau tidak? Anda lakukan sahaja! Ayuh, sahabatku – Lakukannya!!

  3. Adakah kamu sebatang pokok yang memerlukan 'hutan'? Atau, kamu mahu berdiri sendirian?

  4. Di mana kamu bermula bukanlah satu isu – di mana kamu berakhir…ya.

  5. Biar diri kamu yang sebenar menyinar - "Dan diri kamu yang sebenar sedang berada di dalam hati kamu, hanya menanti waktunya untuk tampil ke depan...dan dia adalah sekuat dirinya yang bersuara itu – Bagaimana dia telah menyentuh hidup kamu, bahkan, telah menjadi hidup kamu? Jadilah diri kamu sendiri, percayakan diri kamu, dan turuti apa yang kamu rasakan dan fikirkan betul di dalam hati kamu… Kamu akan dapati kamu yang sebenar di dalam diri tidak akan sekali-kali mengecewakan kamu; dia hanya lakukan apa yang betul, dan apa yang diperlukan oleh kamu...selalu..."

  6. Kecantikan kamu juga tersemat bersama sentuhanmu, keprihatinanmu, belas kasihanmu, senyumanmu, pandanganmu yang baik dan positif yang telah kamu berikan kepada yang lain, kemahuanmu untuk melakukan sebagaimana kamu mahu diperlakukan – dan kemesraan dan kesejatian rasa yang kamu labuhkan, dan hulurkan tanpa bayaran kepada yang lain...dan kamu lihatlah sendiri, cantik bukan rupa sahaja, cantik sebenarnya datang dari jiwa.

  7. Sepanjang perjalanan ini kamu akan temui kekuatan, kamu akan temui dan bina kebolehan diri, kamu akan kenali kuasa diri dan kamu akan lebih mengenal lebih banyak tentang diri kamu. Sebagaimana perjalanan itu berterusan, begitulah juga dengan penemuannya.

  8. Gerakkan diri kamu dari dalam, dan terus gerakkannya sehinggalah kamu tiba – kerana hanya satu jalan sahaja untuk mendapatkan apa yang kamu mahukan, ia adalah dengan terus berusaha, terus 'mahu'…dan terus berjuang!

  9. Saya tidak boleh membuat kesilapan dalam saya berusaha untuk maju, meningkatkan diri, dan berjaya dengan jayanya; saya hanya membuat kesilapan, jika saya tidak membuatnya!

  10. Kamu mungkin tidak sehebat yang kamu mahukan…tetapi kamu sememangnya sudah cukup kuat SEKARANG!!

  11. Apa yang mereka tahu? Adakah sang burung risau tentang apa yang bakal mereka makan setiap hari – atau dapatkah mereka makan hari ini? Adakah mereka merasa risau di mana mereka bakal tidur setiap hari – atau di mana mereka hendak tuju jika dan bila hujan mulai turun? Adakah mereka risau tentang bagaimana, dan di mana mereka hendak membuat sarangnya – atau tentang mampukah mereka memberi secukupnya makan kepada anak-anak mereka? Risau? Aduh – sang burung memulakan hari-hari mereka dengan menyanyi setiap hari – betul bukan?!! Perhatikan burung itu, dan apa yang kamu rasa burung itu faham yang kamu tidak faham?

  12. Andai hidup itu sememangnya sangat sukar dan 'mustahil', kamu tentu sudah 'putus asa' sekarang, betul? Tetapi kamu tidak. Dan jika didalam kotak fikiran kamu masih ada kemahuan, dan maka kamu, boleh berubah, harapan yang ianya akan berlaku, dan kemahuan untuk melakukan apa yang anda termampu, maka ia akan berubah… Apa pendapat kamu tentang kenyataan ini nyatakan tentang hidup, dan KAMU?

MALAS PENYAKIT @ SIKAP????

Siapa setuju mengatakan bahawa malas belajar, sukar fokus dalam kelas, sukar bangun tidur, atau panas baran bukanlah penyakit TETAPI sikap negatif dalam minda?? Angkat tangan..

Ada juga orang kata malas tu penyakit tau.. Konfius2..

Tidak kiralah sama ada malas, panas baran, sukar fokus dalam kelas dan sebagainya itu penyakit atau sikap, apa yang lebih penting disini adakah perkara ini bagus?? Adakah bersifat pemarah ini bagus?? Adakah bersikap panas baran dan malas belajar itu bagus??

Tidak bukan.. Malah ianya boleh di kategorikan sebagai sifat yang buruk dan hendaklah diperbaiki.

Malas menurut al-Quran adalah attitude orang munafiqin. Firman Allah Taala [al-Nisa’ : 140] :

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).

Ibn Kathir menafsirkan ayat di atas : “Ini adalah sifat orang munafikin dalam amalan paling baik dna paling mulia iaitu solat. Apabila mereka hendak solat, mereka solat dengan malas kerana mereka tiada niat, tidak beriman dengannya, tidak takut (khashyah) dan tidak memahami maksud solat”.

Semoga kita dijauhi dan tidak tergolong dalam golongan tersebut. Bagaimankah kita hendak mengatasi sikap beruk tersebut?? Saya cuba bawakan beberapa kaedah menghilangkan rasa malas menurut al-Quran dan al-Sunnah.

Oleh: Albaruhiyy

Pertama : Doa dan perbanyakkan doa
Gunalah senjata utama orang mukmin iaitu doa. Tokoh terkenal, Ibn Qayyim dalam karya beliau al-jawab al-kafi li man sa’ala an al-dawa’ al-shafi, menjelaskan ubat pertama dan kedua untuk mengubati jiwa mukmin ialah berdoa dan bersungguh-sungguh dalam doa.
Doa ialan ubat paling mujarab dan bermanfaat untuk mengubati semua bentuk ujian dan penyakit. Antara doa yang diajar oleh baginda s.a.w ialah :

اللهم إني أعوذ بك من الهرم والحزن، والعجز والكسل، والبخل والجبن، وغلبة الدين، وقهر الرجال
Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung denganMu dari penyakit tua dan kesedihan, dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut, dan kalah dengan hutang dan kekuatan lelaki”. [al-Bukhari]

Antara doa Nabi juga :
اللهم إني أسألك الثبات في الأمر، والعزيمة على الرشد

Maksudnya : “Ya Allah, aku memohon dariMu ketetapan dalam urusan kerja dan keazaman atas hidayat”.
Semuanya menunjukkan bahawa doa yang dapat menghalang sikap malas seseorang. Kalaulah Nabi boleh berdoa sebegini, inikan pula kita umatnya. Wajiblah kita mencontohi Rasulullah s.a.w. dalam semua sunnahnya.

Kedua : Lawanlah syaitan dan nafsu
Malas sebenarnya berpunca dari syaitan. Syaitan melatih nafsu manusia agar menjadi malas sama ada malas beribadat atau malas menunaikan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.Tidakkah kita pernah mendengar hadis Nabi s.a.w. :

يعقد الشيطان على قافية رأس أحدكم إذا هو نام ثلاث عقد يضرب مكان كل عقدة عليك ليل طويل فارقد فإن استيقظ فذكر الله انحلت عقدة فإن توضأ انحلت عقدة فإن صلى انحلت عقدة فأصبح نشيطا طيب النفس وإلا أصبح خبيث النفس كسلان
Maksudnya : “Syaitan mengikat atas belakang kepala seseorang kamu ketika ia tidur sebanyak tiga ikatan. Sambil syaitan berkata pada setiap ikatan, ‘malam masih panjang maka tidurlah’. Apabila seseorang kamu terjaga dari tidur, lalu menyebut nama Allah nescaya akan terlerai satu ikatan. Jika ia mengambil wuduk nescaya terlerai satu ikatan lagi dan sekiranya ia solat nescaya terlerailah semua ikatan. Maka ia bangun waktu pagi dalam keadaan rajin cergas serta baik hatinya. Jika ia tidak (melakukan begitu), nescaya ia bangun pagi dalam keadaan buruk jiwanya sambil rasa malas”.

Hadis ini menunjukkan bagaimana kita perlu mencegah malas dengan cara yang diajar oleh Nabi s.a.w. Malas itu puncanya datang dari syaitan. Sememangnya syaitan sentiasa mencuba untuk menipu daya dan menyebabkan manusia lalai dari perintah Allah Taala.

Ketiga : Carilah ilmu
Saya akhiri tulisan kali ini, dengan kaedah ketiga untuk menghapuskan sikap malas. Iaitu timbalah ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmulah seseorang itu menjadi orang yang rajin dan cergas dalam hidupnya. Sebagai contoh, ilmu tentang fadilat dan kelebihan ibadat, menyebabkan seseorang rajin beribadat dengan syarat adanya keyakinan yang kuat tentang apa yang dipelajari. Oleh itu, orang yang mempunyai ilmu berkenaan fadilat solat jemaah, sangat rajin mengerjakan solat jemaah. Orang yang mempunyai ilmu tentang kelebihan dan fadilat solat Duha, akan menjadi rajin dan cergas untuk melaksanakannya.
Sebab itu, Rasulullah s.a.w. bersabda :

أثقل الصلاة على المنافقين صلاة العشاء وصلاة الفجر، ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبواً
Maksudnya : “Solat paling berat bagi orang munafiqin ialah solat isyak dan subuh. Sekiranya mereka mengetahui apakah (ganjaran) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang bersolat walaupun dalam keadaan merangkak”.

Lihat kepada kata-kata Nabi : “Sekiranya mereka mengetahui apakah ganjaran”, menunjukkan pentingnya ilmu tentang kelebihan dan fadilat sesuatu ibadat, kerana ia membantu anda menjadi rajin dan cergas dalam melakukannya.

Perlukan perubahan..

Penyakit atau sikap seperti malas, panas baran, sukar fokus dalam kelas, sukar bangun tidur bukanlah penyakit yang kekal dan tidak boleh diatasi. Ianya boleh diatasi apabila mindset dan akal dapat berfikir dengan waras serta membuat keputusan yang bijak mengikut situasi.

Supliment atau makanan tambahan mindatif plus ini pula bertujuan untuk mencukupkan mineral dalam badan. Salah satu mineral yang penting adalah kalium fosfat. Kalium fostat ini akan membina sel-sel neuron otak yang kuat supaya dapat membantu meningkatkan daya ingatan, kepekaan, meningkatkan kecerdasan fikiran dan menguatkan hafalan.

Apabila mineral penting untuk otak ini mencukupi secara tidak langsung daya pemikiran dan daya tumpuan akan bertambah baik kesan dari kecukupan mineral dalam badan.

Samalah seperti anggota badan yang lain, sekiranya kita tidak cukup zat makanan dan vitamin, badan akan susut atau kerus dan tidak bermaya. Sebaliknya mereka yang mengambil makanan gizi yang seimbang, mereka sentiasa dalam keadaan baik dan sihat.

Kesimpulan..

Sikap panas baran, malas, mudah mengantuk dan lain2 lagi bukan bersifat kekal. Ianya berubah mengikut situasi, daya tahan dan mineral badan seseorang. Mindatif plus merupakan suppliment atau makanan tambahan yang difrmulakan kursus untuk mencukupkan mineral yang diperlukan oleh badan. Dan hasil penggunaan produk ini, alhamdulillah menunjukkan perubahan dari segi sikap terhadap pengguna produk ini dengan izin ALLAH SWT.

Pengambilan produk ini adalah ikhtiar untuk mengatasi masalah tersebut. Semua yang baik datang dari ALLAH dan perkara yang buruk mohon dijauhi dari kita.

DOA TANPA USAHA SIA-SIA... INGAT TU ANAK2 ABAH DI MRSM BP N MRSM MERSING..

Di petik dari karya: Hilal Asyraf

Satu hari, di dalam kelas, Dr ‘Ala Hilat, pensyarah Aqidah saya ada berbicara berkenaan keadaan ummat Islam dan yahudi. Dia bercakap perihal kemenangan dalam peperangan di akhir zaman ini. Dan di dalam kata-katanya, dia berkata:

“Doa tanpa usaha, tidak akan memberikan apa-apa faedah”

Dia menyentuh perihal ummat Islam yang sering berdoa itu dan ini, tetapi tidak bergerak ke arah apa yang didoakan mereka. Berdoa untuk kuat, tetapi melemahkan pula diri sendiri dengan maksiat dan kerendahan disiplin. Berdoa untuk menang, tetapi menewaskan pula diri sendiri dengan keingkaran dan kerosakan sosial.

Kata-katanya mengetuk minda saya.

Allah dan kasih-sayang-Nya

Allah SWT amat pengasih dan Maha Penyayang. Tiada siapa di dalam dunia ini, yang mampu menandingi Allah SWT dalam apa jua hal. Dialah pencipta kita, Maha Tahu Segala-galanya, Maha Melihat dan Maha Mendengar, Maha Perkasa dan Maha Berkuasa.

Kita boleh lihat tanda kasih-sayang Allah SWT dalam ayat-ayat berikut:

“Apabila hambaku bertanya kepadamu(wahai Muhammad) berkenaan aku, sesungguhnya aku amat dekat. Aku memperkenankan permohonan yang berdoa apabila dia berdoa kepada Aku…” Surah Al-Baqarah ayat 186.

“Dan berkata Rabb kalian: Berdoalan kepada Aku, nescaya akanKu perkenankan…” Surah Al-Ghafir ayat 60.

Maka, ramai insan yang silap dalam kefahaman kasih sayang Allah SWT ini. Mereka kira, cukup sekadar berdoa sahaja tanpa berusaha. Mereka merasa sudah puas jika hanya berdoa, lalu perubahannya diserahkan bulat-bulat kepada Allah SWT.

Ini adalah kefahaman yang hakikatnya, mengkhianati kasih sayang Allah SWT kepada manusia.

Analogi sahabat saya

Sahabat saya, Ikhwan Subberi satu hari ada berkata:

“Kita ni, kalau berdoa tanpa berusaha, tidak akan berguna apa-apa. Macam kita hendak laci terbuka. Kita berdoa kepada Allah untuk dibantu kita membuka laci itu, tetapi kita tidak berusaha untuk membuka laci itu, maka laci itu tetap tidak akan terbuka. Sedangkan, Allah hendak memakbulkan doa kita. Yang kita perlu lakukan adalah, berusaha membuka laci itu”

Ya, kita minta pada Allah macam-macam. Hendak lulus ujian, hendak menang dalam pertandingan, hendak kahwin dengan orang yang baik, hendak jadi orang yang soleh, hendak bertaubat dari dosa, hendak kaya, hendak menewaskan Israel dan sebagainya. Tetapi kita tiada usaha. Maka apakah pantas Allah memakbulkannya?

Apa kata Allah?

Sebab itu, kita perlu melihat Al-Quran itu secara sepenuhnya. Allah SWT sendiri mengarahkan manusia untuk berusaha. Kita melihat dahulu dua ayat yang saya utarakan tadi.

Apakah sambungan ayat-ayat itu? Mari kita lihat:

“Apabila hambaku bertanya kepadamu(wahai Muhammad) berkenaan aku, sesungguhnya aku amat dekat. Aku memperkenankan permohonan yang berdoa apabila dia berdoa kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu(dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik dan betul.” Surah Al-Baqarah ayat 186.

“Dan berkata Rabb kalian: Berdoalan kepada Aku, nescaya akan Aku perkenankan. Sesungguhnya orang-orang yang sombong dan takabbur, daripada beribadat kepadaKu, akan masuk ke neraka jahanam dalam keadaan hina” Surah Al-Ghafir ayat 60.

Lihat? Semuanya membutuhkan amal, usaha, ketaatan.

Tidak akan termakbul doa kita, tanpa usaha. Jika hendak berjaya di dalam peperiksaan, kita perlu studi. Di samping itu kita berdoa. Hal ini kerana, kejayaan tetap di tangan Allah SWT. Namun usaha kita studi itu adalah untuk memenuhi tanggungjawab kita sebagai hamba Allah SWT. Allah menyuruh kita berusaha, maka kita berusaha.

Hendak bertaubat dari dosa, kita perlu berusaha meninggalkan dosa-dosa kita. Namun, yang sebenarnya membantu kita meninggalkan dosa-dosa kita adalah Allah SWT. Namun usaha kita meninggalkan dosa tadi adalah untuk memenuhi tanggungjawab kita sebagai hamba Allah SWT. Allah menyuruh kita berusaha, maka kita berusaha.

Inilah dia hakikatnya makna ayat Al-Quran yang bermaksud:

“Sekiranya kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkal lah kepada Allah” Surah Ali Imran ayat 159.

Kenapa selepas membulatkan tekad, Allah tidak sebut berusaha, baru bertawakkal?

Hal ini kerana, tawakkal itu perlu bergerak seiring usaha yang dilakukan. Usaha itu sendiri salah satu dari tawakkal kepada Allah SWT.

Sebab itulah Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya Allah itu tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu bergerak terlebih dahulu mengubah apa yang ada dalam diri mereka” Surah Ar-Ra’d ayat 11.

Jadi, soal diri kita.

Di mana usaha kita?

Penutup: Jangan Kita Khianati Allah

Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ujian di dalam kehidupan ini adalah untuk melihat keimanan kita. Malah, jika hendak dibandingkan dengan nikmat syurga yang Allah bakal beri, maka ujian di atas dunia ini kelihatan seperti masalah kecil sahaja.

Allah berikan kita pelbagai perkara dan kemudahan. Allah SWT juga mewujudkan kepada kita banyak peluang-peluang kebaikan. Maka bagaimana kita menggunakan kasih-sayang Allah SWT ini?

Ada orang berkata begini:

“Alah, apa salahnya buat dosa-dosa ni. Nanti taubatlah. Allah kan Maha Pengampun?”

Mereka ini adalah pengkhianat kepada kasih sayang Allah SWT. Sama juga mereka yang menyangka doa akan termakbul tanpa usaha.

Allah mengasihi kita, menyayangi kita, mencintai hamba-hambaNya. Tetapi siapakah antara kita yang menghampiri-Nya?

“Allah menjadikan malam itu untuk kamu berehat di dalamnya, dan siang itu terang benderang (untuk kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpahkan nikmat-Nya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi banyak manusia tidak bersyukur” Surah Al-Ghafir ayat 61.

Tetapi banyak manusia tidak bersyukur….

Mari kita muhasabah diri kita.

Perbaiki diri kita.

Bergerak menjadi hamba yang sebenarnya.

p/s: Sumber artikel diambil dari langitilahi.com
Untuk dapatkan lebih banyak artikel menarik, boleh lawati blog tersebut..
Pengambilan artikel bertujuan perkongsian bersama.

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

1.Niat yang Betul.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “ Setiap amalan adalah dengan niat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Sayyidina Umar al-Khattab)

Oleh itu kalian harus sentiasa memasang dan membetulkan niat sebelum memulakan apa jua pekerjaan, samaada yang berbentuk ibadah atau pun amal kebiasaan. Niat ini adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.

2.Ada Wawasan dan Matlamat.
Kalian perlulah meletakkan wawasan dan matlamat dalam hidup. Matlamat bersih dan jalan untuk mencapai matlamat tersebut juga mesti bersih. Kalian tidak boleh menggunakan kaedah, ‘Matlamat boleh menghalalkan cara’. Kalian terikat dengan peraturan dan hukum Islam. Matlamat dunia kalian mestilah berkaitan dengan kehidupan di akhirat.

3.Berani dan Sanggup Berkorban.
Tokoh-tokoh Islam terdahulu sanggup untuk bersusah payah menuntut ilmu bermusafir beribu-ribu batu untuk berguru dengan guru-guru mursyid. Sultan Sallehudin al-Ayubi berjuang berkali-kali baru dapat mengalahkan tentera Salib dan menawan semula Palestin dan Sultan Muhammad al-Fateh pula berjaya menawan Kota Istanbul setelah mencuba beberapa kali. Khalid al-Walid mengharungi 100 peperangan dan membunuh lebih 5000 orang musuh dalam perang Yarmuk.

4.Sentiasa Menambah Ilmu.
Bagaimana tokoh terdahulu menguasai ilmu pengetahuan? Imam Bukhari dan Imam Muslim menguasai ratusan ribu hadis disertai dengan menghafal perawi-perawinya. Bagaimana Imam Ahmad bin Hambal memberi fatwa kepada 60,000 masaalah dengan disertai dalil.

5.Memberi Tumpuan (fokus).
Kalian hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang sedang dilakukan.Kuasa tumpuan (fokus) mampu menghasilkan kejayaan yang cemerlang. Contohnya lihat sahaja Jabir bin Abdullah sanggup menempuh perjalanan selama sebulan ke Mesir semata-mata mencari sepotong hadis.

6.Daya Tahan yang Tinggi.
Untuk berjaya perlu bekerja dengan lebih keras dan komited. Jangan cepat menyerah kalah. Gunakan masa hingga ke tahap maksima dan hendaklah sentiasa istiqamah dan berterusan.

7.Memiliki Sifat-sifat Mahmudah.
Untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, perkara yang paling penting kalian hendaklah mendidik dan memperbaiki diri kalian hingga ketahap memiliki sifat-sifat mahmudah iaitu sifat-sifat warak, sabar, amanah, jujur, ikhlas dan syukur pada masa yang sama membuangkan sifat-sifat mazmumah iaitu sifat suka marah, hasad dengki, ujub, riak, sombong dan takabur. Tanpa adanya sifat-sifat yang mulia ini tidak mungkin kalian akan mampu menjadi cemerlang, ini adalah kerana sifat-sifat yang keji atau mazmumah adalah sifat negatif yang akan mendorong kepada kegagalan dan kekecewaan.

Akhir kata jadikanlah diri kalian insan cemerlang di dunia ini dengan mendapat kejayaan dalam kerjaya dan perjuangan hidup dan mendapat keredhaan Allah s.w.t. Dan juga menjadi insan cemerlang di hari Akhirat dengan dikurniakan-Nya balasan Syurga dan di jauhi dari siksaan Neraka.

Saturday, June 12, 2010

25 KAEDAH MEMBENTUK ANAK-ANAK HEBAT

25 Kiat membentuk Anak Hebat


Dalam buku berjudul 25 Thariqah Li Tashna’ min Ibnika Rajulan Fadz-dzan karangan Akram Misbah Utsman yang diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia 25 Kiat membentuk Anak Hebat, penerbit : Gema Insani. Disebutkan 25 Kiat Membentuk Anak Hebat yaitu:

1. Mulailah dari dirimu sendiri
2. Jangan berlaku kasar padanya
3. Berikan dia kepercayaan diri
4. Jangan jadikan dia sebagai ekormu
5. Jagalah kemerdekaan Anak
6. Jangan terlalu berlebihan dalam melindunginya
7. Kembangkan dirinya
8. Ajarkan kepadanya bahwa hidup ini hanya sementara
9. Berusaha untuk selalu meningkatkan kemampuannya
10. Berikan dia kesempatan untuk membantumu
11. Biarkan anak bermain
12. Terapkan Undang-undang Keluarga di Dalam Rumah Anda
13. Didiklah anak untuk menjadi orang yang mempunyai cita-cita yang tinggi
14. Bantulah anak untuk memilih teman
15. Hindari untuk menyalahkan dan mengkritik anak
16. Binalah maksud dan tujuan hidupnya
17. Jadikan anak menjadi seorang yang competitor
18. Limpahkan kekuasaan yang bukan otoriter kepada anak
19. Perkuat jiwa tanggung jawab dalam dirinya
20. Serahkan tanggung jawab kepadanya
21. Orang tua harus mempunyai kemampuan berkomunikasi ketika berbicara dengan mereka
22. Angkat dia ke arah yang tinggi dan mulia
23. Orang yang paling baik adalah hamba ALLAH
24. Berikan dia kebebasan untuk memilih
25. Utus dia untuk menyelesaikan urusanmu.

RENUNGKANLAH....

Tazkirah

Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya Khalifah Umar al-Khattab