Monday, April 19, 2010
RAHSIA SURAH2 DLM AL QURAN..
RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58
Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....
AMINnnnn.
Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai orang yang boleh atau lebih,
tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan
dakwah ini kerana Allah.
Dunia adalah pentas, akhirat tempatnya yang sebenar...
63 PETUA KEKALKAN KERUKUNAN RUMAH TANGGA MENURUT DDFK..
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3.. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6.. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ¡gerak batin¢ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan..
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ¡menang-menang¢ .
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ¡pasangan¢.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ¡I love you¢ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t. Rahsia ayat ke 58-Yassin
JOM KITA POSITIFKAN PEMIKIRAN KITA....
JOM KITA POSITIFKAN PEMIKIRAN KITA
RENUNGKAN DENGAN MATA HATI KATA-KATA DI BAWAH:
” KEBAHAGIAAN DAN KETENANGAN ADA DI MANA2”
” UJIAN ALLAH DATANG DALAM PELBAGAI BENTUK”
” SETIAP YANG PAHIT ADA MANISNYA”
” ALLAH S.W.T TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK HAMBANYA”
” MUSIBAH ITU PETANDA ALLAH SAYANG KEPADA HAMBA-Nya”
” Berhenti dari bertuhankan dunia”
” Jangan letakkan kebahagiaan kepada kebendaan ”
” Lihatlah allah dalam setiap perkara”
” Tiada ketakutan bagi yang mentaati-Nya”
” Cukuplah Allah sebagai tempat kita bergantung dan berharap ”
” Usah hairan dengan kesenangan orang lain ”
” Jangan lekas berputus asa ”
” Mencari kedamaian dalam dunia yang bergelora ”
” Binalah lembaran baru dalam hidup anda ”
“ Allah maha pemberi lagi maha penyayang “
“ Bertawakkallah untuk kemenangan “
“ Redha dan syukur kunci ketenangan “
” Awasi hasutan nafsu dan syaitan ”
“ Mengisi jiwa dengan mengingati Allah “
” Jangan sombong dengan Allah ”
” Lembutkan lidah untuk berdoa ”
” Bersabar menunggu bantuan Allah s.w.t. ”
” Esok bermula hari ini “
So, tunggu apalagi, ingatlah firman Allah s.w.t dalam surah Ar-Ra’ad: 11 yang bermaksud :
“ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..”
AKTIVITI CERAMAH...
- 12/2/10 – CERAMAH MOTIVASI GURU KANAN MATAPELAJARAN DAERAH KOTA TINGGI DI MELAKA
- 22/2/10 – CERAMAH KEPIMPINAN DI SMK TANJUNG PENGELIH
- 26/2/10 – CERAMAH MAULIDURRASUL DI SURAU FELDA SENING
- 26/2/10 – CERAMAH MAULIDURRASUL DI SURAU TAMAN MAWAR FASA 5 PASIR GUDANG
- 27/2/10 – CERAMAH MOTIVASI KEIBUBAPAAN DI SK JOHOR JAYA 3
- 27/2/10 – CERAMAH MAULIDURRASUL DI MASJID KG. BENDAHARA JOHOR BAHRU
- 28/2/10 – CERAMAH MAULIDURRASUL SEKOLAH AGAMA KULAIJAYA
- 28/2/10 – CERAMAH MAULIDURRASUL DI SURAU BANDAR KOTA TINGGI
- 6/3/10 – CERAMAH MAULIDURRASUL DI SK PASIR GUDANG 2
- CERAMAH MAULIDURRASUL DI SMK TAMAN KOTA MASAI 2 PASIR GUDANG
- CERAMAH MAULIDURRASUL DI SURAU TAMAN ROSMERAH JOHOR JAYA, JOHOR.
- 7/3/10 – CERAMAH MAULIDURRASUL DI SURAU TAMAN ANGGERIK ZON 3 BANDAR TENGGARA
- CERAMAH MAULIDURRASUL DI DEWAN ANAK-ANAK YATIM KOTA TINGGI
- CERAMAH MAULIDURRASUL DI MASJID BANDAR SELESA JAYA JOHOR
- 11/3/10 – CERAMAH MOTIVASI KEPIMPINAN SI SEKOLAH AGAMA FELDA PASAK.
- CERAMAH MAULIDURRASUL DI KOLEJ PROFESIONAL KEMAHIRAN MARA DI BANDAR PENAWAR
- 12/3/10 – CERAMAH MAULIDURRASUL DI SK AIR TAWAR 3
- 13/3/10 – CERAMAH MAULIDURRASUL DI TAMAN WARISAN PONTIAN
- 14/3/10 – CERAMAH MAULIDURRASUL DI KAMPUNG SUNGAI BUNTU PENEROK,PONTIAN
- CERAMAH MOTIVASI SPM SULTAN IBRAHIM GIRL SCHOOL JOHOR BHARU
- 15/3/10 – CERAMAH MOTIVASI UPSR ANAK- ANAK FELDA DI HOTEL SELESA PASIR GUDANG
- 19/3/10 – CERAMAH MAULIDURRASUL DI LADANG SAWIT TUNJUK LAUT KOTA TINGGI
- 20/3/10 – CERAMAH MAULIDURRASUL DI DENAI SELATAN JOHOR BHARU
- 21/3/10 – CERAMAH MAULIDURRASUL DI SURAU KAMPUNG BARU BANDAR MAS KOTA TINGGI
- 22/1/10 – CERAMAH MAULIDURRASUL DI PEJABAT RISDA JOHOR
- 23/3/10 – CERAMAH MAULIDURRASUL DI SK TAMAN RINTING 1 PASIR GUDANG
- 26/3/10 – CERAMAH MAULIDURRASUL DI SEKOLAH AGAMA FELDA SUNGAI MAS KOTA TINGGI
- 27/3/10 – CERAMAH MAULIDURRASUL DI TAMAN KOTA JAYA, KOTA TINGGI
- CERAMAH MOTIVASI PERINGKAT TAMAN MAKMUR DI KULAI
- 28/3/10 – CERAMAH MAULIDURRASUL DI MASJID KAMPUNG MAJU JAYA
- CERAMAH MAULIDURRASUL DI SURAU TAMAN SENTOSA DI JOHOR BHARU.
- 2/4/10 – CERAMAH MAULIDURRASUL DI PERUMAHAN KILANG SAWIT SEMENCHU TINGGI
- CERAMAH MAULIDURRASUL DI TABIKA KEMAS FELDA SEMENCHU KOTA TINGGI
- 3/4/10 – CERAMAH MAULIDURRASUL DI RUMAH ADUN TANJUNG SURAT DATUK HAJI HARUN BIN ABDULLAH
- 4/4/10 – CERAMAH MAULIDURRASUL DI SURAU TAMAN NUSA DAMAI PASIR GUDANG
- 9/4/10 – CERAMAH MAULIDURRASUL DI FELDA SEMENCHU KOTA TINGGI
- CERAMAH MAULIDURRASUL DI TABIKA KEMAS PASIR GOGOK, PENGERANG.
- 10/4/10 – CERAMAH MAULIDURRASUL DI TABIKA KEMAS JKR TAMAN HIDAYAH KOTA TINGGI.
- CERAMAH MOTIVASI PENDIDIKAN LESTARI DI DEWAN BANDARAN BANDAR PENAWAR ANJURAN BASMIDAH JOHOR.
- 11/4/10 – CERAMAH MAULIDURRASUL DI MASJID JAMEK ASSOLIHIN KEMPAS UNTUK WARGA KILANG KENWOOD JOHOR.
- 17/4/10 – CERAMAH MOTIVASI KEIBUBAPAAN SEKOLAH AGAMA DATUK SULEIMAN MENTERI
- CERAMAH MAULIDURRASUL DI SURAU STULANG BARU JOHOR BHARU
- 18/4/10 – CERAMAH MAULIDURRASUL DI SEKOLAH AGAMA SERI BAHAGIA FELDA TAIB ANDAK, KULAI.
20/4/10 - CERAMAH MOTIVASI SPM SMK ADELA DI BATU LAYAR BEACH RESORT
23/4/10 – CERAMAH KEPIMPINAN SMK BANDAR PENAWAR DI KDSI TANJUNG PENGELIH
- CERAMAH MOTIVASI KEIBUBAPAAN DI SK AIR TAWAR 1
27/4/10 – CERAMAH MAULIDURRASUL DI PDK PAPAN TIMUR
30/4/10 – CERAMAH MAULIDURRASUL DI DESARU BANDAR PENAWAR
1/5/10 – CERAMAH MAULIDURRASUL DI PARIT SIKANG, PONTIAN.
8/5/10 – CERAMAH MAULIDURRASUL DI NUSAJAYA JOHOR
22/5/10 – CERAMAH MOTIVASI UPSR DI SK TAMAN PELANGI JOHOR
Sunday, February 21, 2010
KUASA AIR DENGAN KALIMAH DAN IZIN ALLAH 2
Bagaimana saya menemui motivasi dari air?
Semuanya bermula ketika saya berjumpa artikel “Message From Water” dari internet. Selepas membaca artikel tu, saya menemui hal yang sama ditulis oleh pakar motivasi terkenal, Dr Tuah Iskandar di dalam bukunya bertajuk Membina Jatidiri Gemilang. Lantas, timbul rasa ingin tahu yang amat kuat.
Dari apa yang saya baca, bunyi yang berdekatan dengan air akan mempengaruhi bentuk hablur air tu sendiri lantas mempengaruhi tenaga yang terkandung di dalam air, sama ada dibentuk menjadi tenaga positif atau tenaga negatif. Apabila air berada dekat dengan bunyi bising, bingit, misalnya muzik heavy metal atau kata-kata nista, bentuk hablur air tu jadi bercelaru dan ‘kelam’ – menampakkan ciri-ciri tenaga negatif. Apabila diminum, Anda terdorong untuk menjadi orang berciri-ciri negatif, bersikap negatif, berkata-kata yang negatif, berfikiran negatif.
Tapi, bentuk hablur air berubah apabila dibacakan dengan surah Al-Fatihah atau ayat-ayat Al-Quran. Bentuk hablur air berubah menjadi sangat cantik seperti hablur kristal yang sangat halus ketika musim salji.
Itu adalah ciri-ciri tenaga positif yakni tenaga yang baik untuk mencetus kecemerlangan diri. Apabila diminum, air tu akan membentuk Anda menjadi orang yang berciri-ciri positif, bersikap positif, berkata-kata yang positif, berfikiran positif.
Air dapat mempengaruhi tahap motivasi kita. Selepas mengalami kesannya dari pengalaman sendiri, saya mengakui kebenaran hal ini.
Pada tahun 2007, saya menyertai sukan renang dan sempat memasuki pertandingan-pertandingan lumba renang. Air cepat memberi respon pada niat kita di dalam hati.
Bila kita niat di dalam hati yang kita mahu bersemangat, maka air akan memudahkan pergerakan kita dan menjadikan kita bersemangat kerana air sentiasa memberi respon pada apa yang kita niatkan padanya. Dalam hati, saya percaya yang air ada ‘roh’ tersendiri lalu saya berkata “air, mudahkanlah pergerakan aku dan tenangkanlah aku”. Lafza sekali aje tu, bukan banyak kali. Kemudian saya ‘let go’.
Ketika berenang dengan laju agak sukar untuk seorang perenang meletak diri dalam tahap emosi yang sungguh relaks sebab dia kelam-kabut berenang dengan laju, dah tentu emosinya agak bercelaru. Tapi dengan melafazkan niat tu di dalam hati, saya merasa amat tenang.
Ketika sesi latihan renang yang memeritkan, saya sungguh tenang bahkan terasa bahagia (seronok) berenang. Dapatkan Anda berenang 50 meter dalam masa kurang dari 30 saat dalam kolam renang bersaiz Olimpik? Jika perenang yang sudah berlatih tiap hari lebih dari 3 bulan, jawapannya YA. Jika Anda orang biasa dan cuma perenang biasa, tiba-tiba diperintahkan berenang dalam jarak 50meter dalam masa yang sama, cemana? Mesti rasa mustahil kan?
Apabila kita masuk ke dalam kolam renang dengan perasaan yang tertekan, emosi yang tertekan, air seakan-akan menjadi penghalang besar. Segala pergerakan ketika berenang terasa ‘berat’. Ada-ada saja yang tak kena.
Itu baru berenang. Entah cemanalah keadaan kita apabila kita bekerja, mengurus rumah, mengulangaji pelajaran, memandu, atau memikirkan sesuatu. Mesti kita juga terasa ‘berat’ sebab 70% kandungan isi badan kita adalah air. Untuk membuat kita sentiasa bersemangat, saya suggest Anda lakukan hal berikut:
1. Ambil segelas ari biasa, air suam atau cuma ‘plain water’ (atau nama popularnya Sky Juice).2. Pastikan keadaan sekeliling Anda tenang, bebas dari gangguan atau bunyi bising.3. Relakskan badan untuk seketika, sama ada berdiri atau duduk.4. Ambil segelas air tadi, letak di atas tapak tangan, tudukkan kepala ke arah gelas tu.5. Baca surah Al-Fatihah, doa penerang hati, ayat Qursi. Ini adalah ayat-ayat yang saya baca untuk amalan seharian namun boleh baca ayat-ayat lain diiringi doa-doa bergantung pada pilihan Anda. Baca hingga habis dengan nada berbisik.6. Pastikan air di dalam gelas tu dekat dengan bibir Anda, untuk membolehkan air ‘mendengar’ bisikan suara Anda.7. Bila sudah selesai, minum air tadi dengan sekali teguk.
7 langkah kat atas tu langkah-langkah asas untuk membuat Anda bermotivasi di peringkat permulaan, lakukan 3 kali sehari. Mujarab atau tidak hal ni bergantung pada sikap istiqamah Anda. Namun, hasil dari kajian saya dan pengalaman melakukannya dalam tempoh tiga minggu, amalan ni baik untuk menenangkan diri, mengawal emosi dan menajamkan minda, menguatkan ingatan khususnya jika Anda seorang pelajar atau orang yang bekerja dalam suasana kesibukan.
Al-Quran ada energi tersendiri.
Apabila kita membacakan ayat-ayat Al-Quran kepada air, energi (tenaga) Al-Quran tu akan meresap masuk ke dalam air. Apabila kita minum air tadi, energi Al-Quran yang terkandung dalam molekul air masuk ke dalam badan lantas bergabung dengan aliran darah yang bergerak ke organ-organ badan kita termasuk ke bahagian otak, akhirnya akanmempengaruhi pemikiran kita. Pemikiran kita pula akan mempengaruhi tindakan kita.
Maafkan saya sebab artikel motivasi kali ni agak panjang. Sebab saya kena eksplain teori ni melalui kupasan mendalam.
Air akan menyerap mesej-mesej dari sekelilingnya, iaitu dari nada suara kita, nada emosi kita, bunyi-bunyian dan energi badan kita. Mesej-mesej tu adalah dalam bentuk aura atau dikenali sebagai tenaga listrik.
Tenaga listrik yang masuk ke dalam air, itulah yang dipanggil sebagai ‘mesej’ – maklumat berbentuk gelombang tenaga. Air adalah makhluk Allah. Walaupun air tu diam-diam camtu, ia juga menyerap getaran tenaga kita lantas memberi respon pada kita. Apa yang kita bagi, itu yang kita akan dapat. We give negatif input, we receive negatif output.
Untuk memastikan kita bersemangat sentiasa, rajin-rajinkan diri membacakan ayat-ayat suci atau doa-doa sebelum meminum air yang Anda mahu minum, walaupun air tu air berais, air sejuk atau air suam. Janji air.
Elak untuk memaki, memarahi, mengumpat atau mengomen-ngomen di depan air.
Jika Anda berbuat begitu, Anda sedang menerbitkan getaran energi negatif lantas diserap oleh air minuman yang berada di dalam gelas di depan Anda. Bila Anda minum air tu, Anda akan menjadi orang yang berenergi negatif, menjadikan sikap Anda negatif, kata-kata Anda negatif, tindakan Anda menjadi tindakan negatif. Seterusnya, akan menjadi bertambah-tambah negatif.
Kesannya, Anda tak dapat mencapai apa-apa kecemerlangan dan langsung tak dapat merubah apa-apa sikap dalam masa panjang.