Wednesday, June 23, 2010

THANKS ANAK2KU DI MRSM MERSING

THANKS TO MY SON AND DAUGHTER.. ALL THE BEST..TRY UR BEST TO BE THE BEST!!! YOUR FATHER WILL ALWAYS PRAY 4 U ALL..AMIN LETS CREATE HISTORY IN PMR N SPM 2010..MRSM MERSING TOP 5 IN MALAYSIA...

Wednesday, June 16, 2010

TINDAKAN MENANGANI KELEMAHAN PELAJAR

PUNCA SEBENAR KELEMAHAN PELAJAR KITA DAN BAGAIMANAKAH MEMPERKASA SIKAP MEREKA?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA,

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN PEMBACA YANG DIHORMATI,

Pada umumnya punca sebenar kelemahan para pelajar kita ialah gabungan pelbagai faktor merangkumi institusi pendidikan, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Pun demikian pada hemat saya PUNCA UTAMA KETIDAKCEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR KITA IALAH SIKAP MEREKA SENDIRI.

Sebab utama saya berpendapat begitu kerana SEKIRANYA SESEORANG PELAJAR ITU MEMPUNYAI SIKAP POSITIF KEARAH MENCAPAI KECEMERLANGAN AKADEMIK MAKA MEREKA AKAN BERUSAHA MENCAPAINYA SERTA MAMPU PULA MENANGKIS SEBARANG ANASIR ATAU GEJALA YANG MENGANGGU PENUMPUAN ATAU FOKUS MEREKA TERHADAP PEMBELAJARAN MEREKA.

Oleh yang demikian BAGAIMANAKAH KITA DAPAT MEMPERKASA SIKAP PELAJAR KITA AGAR MEMPUNYAI JATI DIRI DAN PRINSIP HIDUP YANG YANG MENJURUS KEPADA USAHA UNTUK MENDAPATKAN KEPUTUSAN YANG CEMERLANG.Berikut ini beberapa tips dalam mencapai matlamat tersebut.

1. Pembentukan sikap mereka bukan perkara mudah...mesti diusahakan sejak mereka kecil lagi...TERAPKAN PELAJARAN KEAGAMAAN DAN KEROHANIAN YANG MANTAP...Kerana pelajar yang mempunyai asas dan pegangan agama yang kuat akan senentiasa mendengar nasihat serta berfikiran positif. So mudahlah kita terutama ibu bapa dan guru-guru merelisasikan hasrat memartabatkan kecemerlangan akademik mereka.

2. Kita mesti membantu mereka agar mereka untuk mematangkan fikiran mereka khususnya berkaitan kepentingan pelajaran demi masa depan mereka.

3. Kita mestilah senentiasa cuba memotivasikan mereka secara berterusan khususnya kearah mencapai keputusan yang cemerlang.Dalam hal ini pelbagai rangsangan boleh kita beri kepada mereka samna ada dari aspek moral atau material.Pandai-pandailah kan!

4. Kita (ibubapa dan guru) mestilah senentiasa mengawal dan mengawasi serta memantau rakan-rakan mereka agar tidak terpengaruh dengan sikap kawan mereka yang negatif.

5. Kita (ibu bapa) mestilah meluangkan masa dan sedaya upaya serta semampu mungkin memenuhi keperluan persekolahan mereka suapaya tidak melemahkan psikologi belajar mereka.

6. Pihak sekolah (guru-guru) dan ibu-bapa pelajar mestilah senentiasa cuba berhubungan dan bertukar maklumat berkaitan pelajar agar usaha untuk mencetus dan memupuk sikap kearah memajukan prestasi akademik mereka akan lebih sistemetik dan berkesan.

7. Pihak sekolah mestilah mempunyai dan menjalankan pelbagai program yang dapat membentuk sikap kearah hasrat tersebut.

8. Masyarakat secara menyeluruh mestilah prihatin dan berusaha mengwujudkan budaya mementingkan kecemarlanagan pencapaian akademik dikalanagan pelajar.

9.Pemimpin Masyarakat, guru-guru dan ibubapa seharusnya menjadi role model kepada para pelajar dalam membudayakan sikap mementingkan pencapaian akademik dan sebagainya...

Sebagai konklusinya semua pihak mestilah menjalankan tanggungjawab sosial mereka dalam merealisasikan HASRAT MURNI INI.

Tuesday, June 15, 2010

HAHAHAHAHA...

Dunia Perkhwinan: Baru dan lama ada beza ke?

Teruna: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Dara: Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna: Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara: Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara: Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna: Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara: MAhukah kau menciumku?

Teruna: Ya! Dara: Sayangku….!

Sesudah 5 tahun perkahwinan….



Sila baca dari bawah keatas

SURAT ANAK OKU BUAT AYAH DAN IBU..

Kasihmu Ibu Tidak Bertepi Meski Anakmu Serba Kekurangan
Catatan daripada Pn Rokiah, seorang OKU penglihatan.
Ibu, ceritamu saat kau melahirkanku, ayah tiada disisimu kerana bertugas diluar daerah. Waktu itu ayah jauh di utara. Jadi kau keseorangan menyambut kehadiranku. Saat kau menatap mataku, kau sedikit terluka kerana mataku tidak seperti abang-abang sebelum ini.
Namun cepat kau campakkan perasaan lukamu lalu hiasi bibirmu dengan senyuman bila menyedari yang aku adalah anak perempuanmu yang pertama kurnia Allah.
***“aku tahu bu, tiada ibu yang inginkan anaknya tidak sempurna. Namun Dia yang lebih mengetahui. Maafkan aku bu, kerana hadir dalam hidup kalian.”
Betapa kau menerima aku seadanya, saat itu juga kau meminta nenek menghantar telegram kepada ayah agar pulang menatap anak perempuan sulung kalian. Maklumlah katamu, waktu itu satu-satunya cara komunikasi jarak jauh hanya melalui telegram.
Setiba ayah di rumah dua hari kemudian, sambil mengangkatku, ayah berkata, “pasti anak ayah ni sekolah jauh. Sebab waktu ibu melahirkan kamu, ayah dikejauhan.”
***”terimakasih ibu ayah, kerana kalian telah menerimaku seadanya.”
Kau terus membesarkanku dan cuba sedaya upaya untuk memberiku cahaya miski dalam ruang yang terhad. Dan alhamdulillah mataku terbuka dan dapat memandang keindahan dunia biar pun pada jarak yang terhad. Kau sungguh gembira bila melihat aku dapat berlari dan lincah bermain seperti anak-anakmu yang lain. Kasih sayangmu sedikit pun tidak berkurangan. Malah kau memberi perhatian yang lebih kepadaku, kerana katamu aku kuat merajuk dan terlalu manja tika kecilku.
Ibu, bagiku kau wanita gigih dan kuat semangat dalam mengharungi perjalanan hidupmu. Tika usiaku 7 tahun, walau penuh keberatan, kau tetap tabah melepaskan aku demi masa depanku. Aku berbangga denganmu bu, kerana pada zaman itu, di saat wanita belum begitu maju, namun kau mampu memikirkan masa depan seorang anak sepertiku. Kau sanggup melepaskanku biar pun terpaksa berpisah beratus batu.
Ibu, miski kita tidak punya banyak masa bersama di zaman persekolahanku, namun kehangatan kasih sayang dan rindumu tetap kurasakan setiap kali cuti penggal persekolahan. Miski dalam waktu yang singkat,Kau bijak mengatur program demi merapatkan hubungan aku dan ahli keluarga yang lain. Katamu, kau tidak mahu langsung ada perasaan terasing dalam diriku. Setiap pulang dari asrama dan saat pemergianku ke asrama, ciuman tetap singgah dipipiku hingga ke saat ini.
***”bu, dan kini aku aplikasikan kasih sayang yang kau curahkan buatku terhadap putra dan suamiku.”
Ibu, benarlah bu, kasih dan doa ibu amat bermakna buat seorang insan yang bernama anak. Tanpa ibu dan ayah maka, tidak wujud seorang anak di dunia ini. Terima kasih yang tak terhingga buatmu ibu. Tidak mungkin terbalas setiap pengorbanan yang kau lakukan sejak aku dilahirkan hingga saat ini. Hanya kalungan doa yang mampu ku berikan buatmu ibu.

BELAJAR DARI KESILAPAN...

"Ada orang, pertama kali lalu jalan yang berlubang, sebab tak tahu, lalu jatuh ke dalam lubang tersebut.""Kali kedua lalu jalan yang sama, sebab dah tahu lubang, tapi tak sempat mengelak, jatuh lagi. Tapi lebih cepat naik ke atas sebab dah ada pengalaman jatuh yang pertama.""Kali ketiga lalu lagi, maka berhati-hati agar tidak jatuh lagi ke dalam lubang yang sama.""Kali keempat pula, mungkin tidak melalui jalan yang sama lagi, cari jalan lain yang lebih baik."Belajar dari pengalaman, bila jatuh, melompat lebih tinggi. Bila jatuh berusaha untuk kembali bangkit. Bila jatuh, berusaha untuk tidak jatuh lagi pada tempat yang sama. Bila jatuh, insyaAllah belajar untuk menjadi orang yang lebih baik. Kita bagaimana? Adakah kita pernah belajar dari pengalaman? Adakah kegagalan menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya atau bagaimana?Saya sendiri pernah menangisi kegagalan. Pernah jatuh tersungkur enggan berdiri lagi. Tapi sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Hanya kerana Dia saya akhirnya tersedar dari lena yang panjang. Bukan mudah memulakan hidup baru selepas gagal sekian lama. Bukan mudah melupakan segala kisah hitam untuk membuka lembaran baru dalam kehidupan. Bukan mudah untuk bangkit kembali. Saya mengerti kerana itulah yang telah saya lalui. Berkata-kata jauh lebih mudah dari melaksanakan. Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul. Hanya kita dan Dia yang tahu, segala derita dan sengsara. Perit dan pedih.Lalu, mengapa bila kita diuji, kita mencari teman-teman? Mencari hiburan kononnya untuk menenangkan segala kekusutan? Sedangkan hanya kita yang paling mengerti, kenapa tidak kita selami hati kita sendiri? Apa mahunya hati? Apa yang boleh membahagiakan hati? Apa yang mendamaikan dan mententeramkan? Tentunya kita dan Dia lebih mengetahui. Belajarlah untuk menjadi teman yang paling baik kepada diri sendiri. Dan ALLAH sentiasa ada untuk mendengar setiap luahan dan rintihan hati kita. Pujuklah diri sendiri kerana jika bukan kita, siapa lagi yang mampu? Sentiasa berlapang dada, berfikiran terbuka dan berbaik sangka. Jangan bebankan diri sendiri dengan sangkaan-sangkaan buruk yang belum pasti lagi kesahihannya. Menyesakkan fikiran. Melemaskan dada. Lepaskanlah simpulan itu dengan cermat.Belajar untuk melupakan dan memaafkan. Jangan biarkan kesakitan yang sama tanpa jemu menyakitkan hati kita. Hanya kita yang mampu mengubahnya dengan izin Allah. Ubahlah racun menjadi penawar. Tukarlah kesunyian menjadi ketenangan.Kita mampu, kerana kita adalah teman yang paling baik, yang paling mengerti perihal hati kita selain Allah..

BELAJAR JANGAN JEMU

Bismillahirrahmanirrahim...Segala puji bagi Allah yang menghidupkan, dan mematikan. Tuhan yang berkuasa atas segalanya, Tuhan sekelian alam.Hidup adalah suatu perjalanan yang memerlukan kita terus belajar, menuntut proses pembelajaran yang berpanjangan. Sejak dari rahim ibu sehinggalah kita kembali menjadi tanah.Maha suci Allah yang Maha Bijaksana Lagi Maha Agung. Di dalam kandungan ibu, kita 'tidur' dengan lenanya, penuh keselesaan. Diberi makan tanpa perlu meminta. Diberi perlindungan tanpa sempat kita merasa sakit atau takut. Manusia ciptaan Allah yang hebat. Kita sebaik-baik makhluk. Namun pernahkah kita bersyukur dan muhasabah diri?Tiada manusia yang terus berlari sebaik sahaja keluar dari perut ibu. Mulanya kita menangis. Hanya tahu menangis. Minum susu dan berkumuh. Seiring dengan peredaran masa, kemudiannya kita mula belajar tersenyum, belajar ketawa. Masa terus berjalan, usia kita pun kian meningkat. Dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, tahun berganti tahun. Kita belajar meniarap, mengengsot, merangkak, bertatih, berjalan, berlari dan macam-macam lagi.Makin kita meningkat dewasa, makin banyak yang harus kita pelajari. Dalam sedar dan tanpa sedar. Makin kita meningkat dewasa, ujian dan dugan hidup juga kian bertambah, masalah datang kian bertimpa-timpa. Bertali arus menguji kekuatan diri. Allah beri dugaan setimpal dengan kemampuan kita.. Kerana Dia yang menciptakan kita, Dia jugalah yang lebih mengetahui keupayaan kita. Allah juga tidak pernah menzalimi diri kita tetapi kitalah yang sering menganiaya diri kita sendiri. Aturan Allah semuanya sempurna dan tiada sedikit pun yang pincang. Tapi kita manusia sering saja bertindak diluar batasan. Suruhan Allah tidak kita patuhi, larangan Allah pula kita langgar sesuka hati kita. Sudahnya, diri kita sendiri yang terhukum. Menanggung akibat dari setiap apa jua yang telah kita lakukan. Baik dibalas baik, buruk dibalas buruk. Seandainya bukan di dunia, akhirat setia menanti.Belajar jangan berhenti. Belajar dari pengalaman, belajar dari kesilapan. Belajar dari mereka yang dekat dengan kita, belajar dari mereka yang terlebih dahulu mengenal dunia. Belajar dari setiap apa jua yang berlegar dari sekeliling kita, mengambil ibrah dari setiap peristiwa. Belajar dari buku dan kitab, dari Al-Quran. Belajar dari alam, ciptaan Ilahi yang pelbagai. Belajar jangan jemu.Jika jatuh, bangkit. Lompatlah lebih tinggi. Jika sesat, carilah jalan pulang. Jalan yang terbaik. Jika keliru, bertenanglah, pintalah petunjuk dari Allah. Jika lemah, carilah kekuatan. Atasi kelemahan itu. Jika lelah carilah tempat untuk berpaut. Kemudian teruskan langkah. Jika kalah jangan terus mengalah. Berlari lebih laju. Jika gagal jangan terus menyerah. Ubah strategi.Belajar untuk menjadi lebih baik, jangan berputus asa. Wahai diri. Belajarlah lagi.

TEKNIK MENGINAT BERKESAN..


TEKNIK MENGINGAT DENGAN BERKESAN.
Ulangkaji yang berkesan hendaklah dilakukan SEAWAL MUNGKIN. JANGAN MENANGGUH hingga ke saat peperiksaan

#1 # Baca buku atau nota-Nota yang dibaca jangan terlalu panjang-Hadkan kepada perkara yang mampu kamu ingat sahaja

#2 #Fahami apa yang dibaca-Jika tidak faham nota yang dibaca, ulangi hingga faham-Jika perlu, ulangi hingga beberapa kali

#3 #Tutup mula-Ingat semula apa yang kamu baca dan faham daripada pembacaan-Bina soalan tentang perkara yang kamu baca-Jika tidak ingat dan tidak dapat menjawab soalan yang dibina, buka semula buku dan ulangi pembacaan-Jika ingat dan dapat menjawab , terus ke Teknik
4#4#Baca semula nota- Baca mengikut teknik-teknik di atas sebelum membaca nota seterusnya....

Selamat mencuba..


















LUAHAN HATI SEORANG PENCINTA...HE3..

Assalamualaikum…………

Dengan nama Tuhan yang telah meletakkan setitis kasih dan cinta dalam hati ini dan kini telah membuahkan rindu yang tiada jua dapat kutahan geloranya jika tanpa sedikit ketenangan yang dikirimkan Tuhan buatku.

Buat kekasih…
Saat aku tuliskan surat ini buatmu, betapa hatiku sentiasa sarat dengan rindumu. Rindu yang mendambakan kasihku padamu. Hatiku penuh dengan cintamu dan tidak bisa dimasuki oleh kasih yang lain. Hanya kasihmu yang aku miliki, yang menceriakan kehidupanku walaupun kadang­kadang aku tersasar oleh kerana mabuk kerinduan.

Kekasih…..
Ingin aku katakan padamu bahawa aku tidak menduakan kasihmu. Aku tidak menduakan cintamu kerana hatiku telah dirimu miliki. Bagaimana aku bisa mengisinya dengan sesuatu yang lain sedangkan ia berada disampingmu. Janganlah dirimu sangsi dengan kesetiaanku, kerana aku telah membina benteng yang tinggi agar cintamu yang kumiliki tidak terlepas keluar dari sempadan hati dan menghalang sebarang cinta dari luar untuk menerobosi jiwaku.

Kekasih…..
Cintamu adalah antara yang terutama dalam senarai cintaku. Pertama cinta Tuhan dan rasul, kedua cinta keluargaku dan ketiga adalah cintamu. Aku jamin ia tidak akan berubah arah sehinggalah Tuhan benar­benar menentukan dan menyatakan kehendaknya dalam kisah perjalanan cinta kita ini. Namun aku sentiasa berdoa agar cinta dan kasih kita ini hayatnya berpanjangan hingga dibawa bersama sewaktu menghadiri perjumpaan di hadapan Tuhan di hari kemudian.

Kekasih….
Tiadalah sebaik kata­kata yang mampu aku tuliskan dalam surat cintaku ini melainkan untuk menyatakan bahawa sehingga kini hanya dirimu yang memiliki hatiku ini. Aku bahagia begini dan aku ingin terus begini bersamamu. Aku bermohon pada Tuhan semoga Dia menerima permohonan ini. Hanya padaNyalah aku berharap.

Kekasih….
Cinta dan rindumu adalah menjadi teman paling setia dalam hidupku walau saat dirimu tiada disisiku.