MULIADE BIN UMAT @ BIDIN
KONSULTAN SYARIKAT MAJLEZA
ALUMINIUM SDN. BHD.
HOTEL GOOD HOPE SKUDAI
15 DISEMBER 2009
Untuk mempersiapkan diri kita didalam organisasi dan misi negara, pembangunan modal insan yang bermutu tinggi menjadi salah satu keperluan. Maka, pembangunan modal insan perlu kepada ‘Minda Kelas Pertama’. Apakah yanag dimaksudkan minda kelas pertama itu?
‘Minda Kelas Pertama’ secara mudah difahami sebagai ciri-ciri modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan:
1. Individu,
2. Keluarga,
3. Masyarakat,
4. Negara
5. Dunia.
Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek:
1. Penguasaan ilmu yang tinggi
2. Sikap proaktif
3. Kekayaan moraliti
4. Budaya menyumbang untuk kepentingan bersama
5. Pembangunan yang bersifat holistik.
Inilah yang boleh dilabelkan sebagai agenda pembangunan tamadun dengan acuan imej tersendiri. Jauhkan diri kita dari sikap kelas minda ketiga iaitu:
1. Malas bekerja
2. Suka berlengah (procrastination)
3. Membuang masa
4. Tiada berhemah
5. Kerja sambil lewa
6. Tidak bersemangat
7. Leka dan sebagainya....
Bagi merealisasikan misi ini ia perlu dimulakan dengan azam yang kuat bagi memulakan pembudayaan agenda ini.
Kita tidak hanya memandang pembangunan fizikal semata-mata sebagai ukuran kemajuan sesebuah organisasi tetapi disertai dengan kekayaan mentaliti.
Selain itu, kekayaan moral adalah penting yang meliputi:
1. Aspek akhlak mulia
2. Nilai murni
3. Budi bahasa
4. Integriti
5. Beretika
6. Beriltizam tinggi.
Marilah bersama sama memantapkan diri dengan azam baru dan kesediaan diri untuk menmpersiapakan diri kita kearah minda kelas pertama.
sy salah seorg yg mengikuti seminar ini dari poli jb,,,n mmg best time tu,,,moga mahasiswa dapat capai apa yg diingini,,,
ReplyDelete