Tuesday, August 25, 2009


ain.. kuatkan semangat untuk teruskan kehidupan.. hangan tangisi pemberian allah..



Teruskan perjuangan wahai anak-anak sekelian.. Doa Abah mengiringi setiap langkah kalian menuju dewan peperiksaan nanti.. All The best in ur UPSR..

Motivasi anak-anak Felcra Sedili Besar..

Semoga airmata yang gugur memberikan kesedaran berpanjangan bahawa kita manusia biasa yang mapu mencipta kejayaan laur biasa andainya usaha yang gigih dan berterusan serta berkat doa ibu bapa.. amin.
Mak ayah, bantulah anak-anak ini.. kita sendiri akan beruntung di hari tua andai mereka berjaya..


TQ Tok Ali.. Satu2nya Ketua Kampung yang terror berbahasa Inggeris yang pernah di temui.. Hanya Allah Jua yang dapat membalas segala jasa dan pengorbanan Tok..

14 pedoman hidup..

1.Musuh terutama manusia adalah dirinya sendiri.

2.Kegagalan terutama manusia adalah kesombongan.

3.Kebodohan terutama manusia adalah sifat menipu.

4.Kesedihan terutama manusia adalah rasa iri hati.

5.Ksesalahan terutama manusia adalah mencampakkan dirinya sendiri.

6.Dosa terutama manusia adalah menipu dirinya sdan orang lain.

7.Sifat manusia yg terkasih adalah rasa rendah diri.

8.Sifat manusia yang paling dapat di puji adalah semangat keuletannya.

9.Kehancuran terbesar manusia adalah rasa keputusasaan.

10.Harta terutama manusia adalah kesehatan.

11.Hutang terbesar manusia adalah hutang budi.

12.Hadiah terutama manusia adalah lapang dada dan mau memaafkan.

13.Kekurangan terbesar manusia adalah sifat keluh kesah dan tidak memiliki kebijaksanaan.

14.Ketentraman dan kedamaian terutama manusia adalah suka berdana dan beramal.

SIAPAKAH KITA??? JAWABLAH DENGAN PENUH KEJUJURAN..

BACA.. RENUNG2KAN.. DIMANAKAH KITA BERADA?

1. Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

2. Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

3. Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

4. Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

5. Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.

6. Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

7. Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

8. Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.



9. Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

10. Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

11. Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

12. Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

13. Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

14. Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

15. Siapakah orang yang maju dalam hidupnya? Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

16. Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

17. Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

18. Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.


19. Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

20. Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

21. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

22. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

23. Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

MENCARI KESEMPURNAAN DIRI DI DUNIA DAN AKHIRAT..

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu 'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S. A. W yang mana dia telah menyatakan tujuannya : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka baginda S. A. W telah berkata kepadanya Tanyalah apa yang engkau kehendaki :

1. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim

Baginda S. A. W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim

2. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya

Baginda S. A. W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya

3. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil

Baginda S. A. W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia

4. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik

Baginda S. A. W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia

5. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah

Baginda S. A. W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah

6. Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku

Baginda S. A. W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna

7. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin
(baik )

Baginda S. A. W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin

8. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat

Baginda S. A. W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat

9. Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa

Baginda S. A. W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa

10. Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya

Baginda S. A. W menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya

11. Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat

Baginda S. A. W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat

12. Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku

Baginda S. A. W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan ) segala dosamu

13. Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia

Baginda S. A. W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

14. Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia

Baginda S. A. W menjawab : Sentiasa menyerah diri
(tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia

15. Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah

Baginda S. A. W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu

16. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya

Baginda S. A. W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka

17. Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat

Baginda S. A. W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya

18. Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku

Baginda S. A. W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya

19. Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat

Baginda S. A. W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat

20. Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?

Baginda S. A. W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan

21. Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?

Baginda S. A. W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala )

22.Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?

Baginda S. A. W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

23. Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?

Baginda S. A. W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih sayang

24. Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?

Baginda S. A. W menjawab : sabar di dunia dengan bala dan musibah

Telah berkata Imam Mustaghfirin: aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanfaat selain hadis ini....

p/S: INGATLAH.. SESTELAH MENENMUI JAWAPAN PADA SETIAP PERSOALAN MAKA YANG LEBIH PENTING IALAH TERUS BERAMAL.. RENUNG2KAN AMAL2KAN..

KITA MENGELUH TAPI ALLAH MENJAWAB KELUHAN KITA..

TazkiRah hari ini:

1. Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya: Kita bertanya : Kenapa aku diuji ? Quran menjawab:

“Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta ." (Surah al- Ankabut, ayat 2-3)

2. Kita bertanya : Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan ? Quran menjawab,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatau, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)

3. Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini ?Quran menjawab,

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)

4. Kita bertanya : Kenapa mesti frust ?Quran menjawab,

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah al-Imran, ayat 139)

5. Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya ? Quran menjawab,

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah ayat 45)

6. Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?Quran menjawab.

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah at-Taubah, ayat 129)

7. Kita bertanya: Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?Quran menjawab,

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah, ayat 111)

8. Kita berkata : Aku tak tahan!!! Quran menjawab,

“. .dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 87)

9. Kita berkata: Sampai bila aku merana begini ? Quran menjawab,

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 5-6)

Sudah.. Jangan mengeluh..
Jom bacaQuran..

12 PINTU SYAITAN

1. GODAAN SYAITAN
2. BISIKAN SYAITAN
3. TIUPAN SYAITAN
4. HEMBUSAN SYAITAN
5. KEHADIRAN JIN DAN SYAITAN
6. SENTUHAN SYAITAN
7. KESENANGAN JIN DAN SYAITAN
8. WAS-WAS SYAITAN
9. HASUTAN SYAITAN
10. TARIKAN SYAITAN
11. MENGORBANKAN NAFSU SYAHWAT
12. LUPA

TUTUPLAH PINTI ITU DENGAN AMALAN YANG MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH S.W.T.

12 BARISAN MANUSIA DI AKHIRAT

Muaz bertanya kepada Rasulullah s.a.w " Wahai Rasulullah, terangkan maksud ayat Surah Annaba':18, pada saat sangkakala ditiup, maka kamu sekelian datang berbaris-baris."

Nabi menangis dan basah bajunya sambil berkata: " Wahai Muaz, Engkau telah bertanya kepadaku perkara yang amat besar, bahawa umatku akan dikeluarkan, dikumpulkan berbaris-baris..

1. Barisan pertama: Tidak bertangan dan berkaki - Menyakiti tetangga.
2. Barisan ke2 : Berbentuk babi hutan - Meninggalkan solat
3. Barisan ke3 : Berbentuk keldai, perut penuh dengan ular dan kala jengking - Enggan membayar zakat.
4. Barisan ke4 : Darah memancut keluar dari mulut - berdusta dalam jual beli
5. Barisan ke5 : Berbau busuk - pelaku dosa yang hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.
6. Barisan ke6 : Kepala terputus dari badan - Saksi palsu
7. Barisan ke7 : Darah dan nanah mengalir keluar dari mulut - Enggan memberi kesaksian di atas kebenaran.
8. Barisan ke8 : Kepala ke bawah dan kaki ke atas - pelaku dosa zina
9. Barisan ke9 : Wajah hitam gelap : Makan harta anak yatim
10. Barisan ke10 :Tubuh penuh dengan penyakit sopak - Derhaka kepada kedua orang tuanya.
11. Barisan ke11 : Buta mata, gigi memanjang seperti tanduk lembu, bibir meleweh sampai ke dada, lidah memanjang sampai ke perut dan keluar beraneka kotoran.
12. Barisan ke12 : Wajah tang memancar sinar yang amat terang - Beramal soleh dan berbuat baik..

Semoga kita termasuk dalam barisan yang ke12.. Amin Yarabbal alamin..

Friday, August 21, 2009

BATAL DAN MAKRUH PUASA..

HAL-HAL YANG MEMBATALKAN PUASA

1. Sengaja makan dan minum di siang hari. Bila terlupa makan dan minum di siang hari, maka tidak membatalkan puasa.
2. Sengaja membikin muntah, bila muntah dengan tidak disengajakan, maka tidak membatalkan puasa.
3. Pada siang hari terdetik niat untuk berbuka.
4. Dengan sengaja menyetubuhi istri di siang hari Ramadhan, ini disamping puasanya batal ia terkena hukum yang berupa : memerdekakan seorang hamba, bila tidak mampu maka puasa dua bulan berturut-turut, dan bila tidak mampu, maka memberi makan enam puluh orang miskin
5. Datang bulan di siang hari Ramadhan ( sebelum waktu masuk Maghrib ).

HAL-HAL YANG BOLEH DIKERJAKAN WAKTU IBADAH PUASA.

1. Menyiram air ke atas kepala pada siang hari karena haus ataupun udara panas, demikian pula menyelam kedalam air pada siang hari.
2. Menta'khirkan mandi junub setelah adzan Shubuh.
3. Berbekam pada siang hari.
4. Mencium, menggauli, mencumbu istri tetapi tidak sampai bersetubuh di siang hari.
5. Beristinsyak ( menghirup air kedalam hidung )terutama bila akan berwudhu, asal tidak dikuatkan menghirupnya.
6. Disuntik di siang hari.
7. Mencicipi makanan asal tidak ditelan.

Wednesday, August 19, 2009

Albert Camus once said..

Don't walk in front of me,i may not follow..
Don't walk behind me, i may not lead..
just walk beside me and be my friend.. Albert Camus.

JADUAL DIRI PELAJAR CEMERLANG..

Pertama : Membuat syarat untuk dipatuhi oleh diri sendiri

Kedua : Pengawasan terhadap pelaksaaan jadual harian atau pun mingguan

Ketiga : Bersungguh-sunggguh sepanjang pelaksanaan jadual harian atau pun mingguan

Keempat : Muhasabah atau pun hitung diri

Kelima : Merintih pada diri sendiri

Keenam : Menghukum diri

Ketujuh : Perangsang kepada diri sendiri







ENAM PERKARA ANEH..

ENAM PERKARA ANEH..

Saudaraku Seagama, kita renungkan makna hadith Rasulullah di bawah ini,

RAsulullah SAW bersabda:

“ Ada enam hal yang aneh di enam tempat, yaitu:

1) Masjid terasa aneh (asing) jika berada di tengah-tengah masyarakat yang tidak suka melakukan sholat didalamnya.

2) Mush-haf terasa aneh (asing) jika berada di rumah orang yang tidak suka membacanya.

3) Al-Qur’an terasa aneh (asing) jika berada di hati orang fasiq.

4) Wanita muslimah yang sholihah terasa aneh (asing) jika berada dalam kekuasaan suami yang dhalim, yang buruk akhlaknya.

5) Lelaki muslim yang sholih terasa aneh (asing) jika berada dalam kekuasaan wanita yang hina dan buruk akhlaqnya.

6) Orang ‘alim terasa aneh (asing) jika berada di tengah-tengah masyarakat yang tidak mau mendengarkan nasihatnya.”

MISTER ZUBIR AL SIBUKI WAL KEDEKUTI..


Alhamdulillah.. Masih ada insan yang sudi menghulurkan bantuan.. macam dokumentari " Bersamamu TV3" Hulurkan Bantuan Ringankan Beban.. Mabruk.. Syukran Jazilan Ya Al Sibuki Wal Kedekuti.. Allah jua yang layak membalas pertolongan itu.. Amin.

" The Countdown Counselor of SMK Tanjung Pengelih"


Yezzaa.. Terserlah ayu mu.. Teruskan menyiapkan pemasangan LED Countdown PMR SPM.. Moga setiap pandangan mata Warga SMK TP akan mendatangkan pahala buat mu..

Motivasi bersama warga MRSM Batu Pahat


Countdown to PMR dan SPM MRSM Batu Pahat 2009

Wajah-wajah pemimpin negara bangsa dan pembela maruah Islam. Allahu Akbar..

Kejayaan tidak akan datang dengan mudah.. Usaha dan terus berusaha dengan gigih..

Semoga senyuman akan menguntum di bibir ibu dan ayah dengan kejayaan kalian..

Anak-anak, berkongsilah kejayaan kalian bersama 2 insan yang telah banyak berkorban segala-galanya.. ingat Journey ur Life with ABC...

Ceramah Jutawan Easypha-max...


Rombongan usahawan easypha-max dari Air Tawar 4 dan Kluang, JB sedang khusyuk mendengar IMPIAN mereka...

Konsep ONE MALAYSIA diterapkan dalam network EASYPHA-MAX...

Jutawan Steven Liew sedang menerangkan Marketing Plan.. " Buat sajalah "
Jutawan EDDY menyambut para usahawan.. Motto beliau ialah " Apa ada masalah? Sudah Kaya ka awak? Buat sajalah!!!"..

MOTIVASI SK TG BUAI, TLK SENGAT, AT 1


Nyanyian bersemangat dari calon upsr 3 buah sekolah.. Sk Tg. Buai, Sk Teluk Sengat, Sk Air Tawar 1..

CERAMAH MOTIVASI SK TAMAN PELANGI INDAH

PROGRAM GEM A RAMADHAN PLAZA LARKIN PERDANA





Bersama dengan pengarah MARA negeri Johor dalam program ahlan wa sahlan ya ramadhan di Plaza Larkin JB..

Monday, August 17, 2009

PERJALANAN KU..

Salam untuk semua.. Minggu yang agak memenatkan dan maaf kerana tidak berkesempatan untuk mengupdatekan blog ini.. Thanks anak2 di smk adela kerana masih menginati diri ini.. Teruskan perjuangan kalian.. Dari jauh ku iringi langkah kalian dengan doa dan harapan... So,, Renungkan ciri-ciri pelajar yang hebat dan bertindak sekarang..

1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.

2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.

3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.

4. Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).

6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.

7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata ‘carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab’.

Wednesday, August 12, 2009

9 PESANAN UNTUK WANITA..

"untukmu yg bergelar muslimah"

1) Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

2) Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

3) Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

4) Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari mana-mana sahaja pintu syurga yang dia kehendaki.

5) Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.6) Aisyah berkata,"Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w "suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w. Ibunya."

7) Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api Neraka ke atas tubuhnya.

8) Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dulu.

9) Daripada Aisyah r.a barangsiapa yang diuji dengan sesuatu darirada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api Neraka.semoga anda semua berasa beruntung menjadi wanita.

TEKA SIAPA NI??

USAHA TANGGA KEJAYAAN

Tell me………………………..and I’m likely to forget
Show me ……………………..and I may remember
Involve me …………………...and I will understand
Motivate me ………………….and I will act
Dr. Staples. W.D.

AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN YA RAMADHAN..

I. MASYRU'IYAT DAN MATLAMAT PUASA RAMADHAN.

1. "Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa "

( QS Al-Baqarah : 183 ).

2. "Bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dengan yang bathil ), karena itu barangsiapa diantara kamu menyaksikan (masuknya bulan ini ), maka hendaklah ia puasa... " ( Al-Baqarah:185 )

1. Bulan Ramadhan adalah:

• Bulan yang penuh Barakah.
• Pada bulan ini pintu Jannah dibuka dan pintu neraka ditutup.
• Pada bulan ini Setan-Setan dibelenggu.
• Dalam bulan ini ada satu malam yang keutamaan beramal didalamnya lebih baik daripada beramal seribu bulan di bulan lain, yakni malam LAILATUL QADR.
• Pada bulan ini setiap hari ada malaikat yang menyeru menasehati siapa yang berbuat baik agar bergembira dan yang berbuat ma'shiyat agar menahan diri2.

Keutamaan beramal di bulan Ramadhan antara lain :
• Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara setelah Ramadhan yang lewat sampai dengan Ramadhan berikutnya.
• Menjadikan bulan Ramadhan memintakan syafaa't.
• Khusus bagi yang puasa disediakan pintu khusus yang bernama Rayyaan untuk memasuki Jannah.

5 PAKSAAN TERHADAP DIRI..

Saya kongsikan 5 petuanya dibawah…

Pertama,
Anggap matlamat yang Anda dah AMBIL ITU penting, sangat penting bagi Anda, ibarat nyawa serta maruah Anda bergantung padanya!

Kedua,
Bajetkan masa. Bagi sesetengah orang, mereka set time limit dalam sehari, seminggu, sebulan. Untuk setiap jangka masa, tetapkan matlamat-matlamat pendek yang mesti dicapai.

Ketiga,
Baca matlamat Anda lebih dari sepuluh kali sehari, kalau boleh setiap setengah jam dalam sehari! Ia membuat semangat Anda membara setiap kali membacanya.

Keempat,
Lupakan perkara lain yang kurang penting, selupa yang mungkin sampai Anda tak ingat langsung. Ini termasuk berjalan-jalan tanpa membeli satu apa, berbual kosong, melebihkan hiburan dari bekerja, melebihkan rehat dari usaha.

Kelima,
Sentiasa berfikir cara bagaimana nak mencapai matlamat tu, tanya diri apa lagi cara yang boleh Anda gunakan.
Timbul saja idea, buat terus!

MOTIVASI ADA DIMANA2..

Motivasi ada di mana-mana, ada pentunjuknya, cuma Yang Maha Esa mahu kita berfikir dahulu, baru dapat menggali motivasi tersirat yang banyak tersimpan di alam semesta ciptaannya. Bila kita mengingat kejayaan-kejayaan orang lain yang pernah kita lihat, baca atau ternampak, ia juga boleh membuat kita bermotivasi.
Pilih salah satu cara dan sesuaikan dengan diri Anda.
Hidup perlu ada motivasi, baru ada prestasi!!

MAHATMA GANDHI PERNAH BERKATA..

Kali ni kita berkongsi satu inspirasi dari Mahatma Ghandi, katanya :

“The future depends on what we do in the present.”

Kita yang menentukan masa depan kita sendiri hari ini, bukan orang lain, sedara mara mahupun rakan sekerja, hanya kita sendiri. Tiada orang lain melainkan kita saja.
Kejayaan di masa depan ditentukan sepenuhnya oleh usaha kita. Makin kuat usaha dan makin banyak ilmu yang digali, maka makin cerah masa depan di hujung sana.
Ingat, apa yang kita buat menentukan masa depan kita sepenuhnya.
Jadi, Andai masih tidak berbuat apa-apa, masa depan tetap akan ada, cuma ia tak secerah yang disangka dan tak berjaya seperti yang diduga. Adakah itu pilihan Anda?

7 PERKARA MEMOTIVASIKAN ANDA DI WAKTU PAGI..

7 Perkara terbaik yang Anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.

Bersyukurlah sebab Anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, Anda masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.

Pasang niat dalam hati yang Anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang Anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.

Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga Anda ia mudah turun. Kesannya, Anda jadi tak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.

Bila Anda start punch card nak masuk kerja, baca Bismillah, moga Anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat Anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata Anda seorang pelajar, start nak masuk kelas, duduk di kerusi Anda dan start nak bukak buku, mulakan semuanya dengan Bismillah. Moga apa jua yang Anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk aje kelas, pasang niat Anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, Anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri

Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap Anda. Set target apa yang Anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai Anda seorang pelajar, set target berapa bab yang Anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang Anda nak baca dalam minggu ni, berapa soklan Anda nak tanya dengan lecturer Anda nanti.
Andai Anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang Anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang Anda nak dapat hasil dari bisnes Anda. Set juga apa yang Anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes Anda.
Andai Anda seorang pekerja, set berapa tugas yang Anda nak siapkan dan set limit masa untuk Anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah

Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood Anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan

Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, Anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, Anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup!

11 CARA TINGKATKAN KUASA INGATAN..

11 Cara Tingkatkan Kuasa Ingatan


11 Langkah Untuk Meningkatkan Kuasa Ingatan

1. Kuatkan keinginan untuk mengingat.

2. Dapatkan pengertian yang sebenar-benarnya dan fahamkan apa yang dibaca.

3. Belajarlah dengan kaedah-kaedah aktif termasuk memberi perhatian yang teliti, mendengar dengan teliti, berbincang membuat nota-nota ringkas dan menulis esei.

4. Fikirkan kita mencari pengesan sesuatu bentuk. Aturlah bahan-bahan yang akan dipelajari mengikut susunan yang logik dan nomborkan isi-isi penting.

5. Selalulah mengulangkaji.

6. Carilah perkataan-perkataan yang akan menjadi kunci atau rangkaikata-rangkaikata yang boleh dijadikan punca sesuatu idea.

7. Gambarkan idea-idea itu menerusi contoh-contoh, penjelasan, gambar dan gambar rajah.

8. Bagi perkara yang dihafal, tulislah di dalam buku-buku kecil (saiz poket) atau kad-kad. Bacalah nota-nota ini berulang kali.

9. Cubalah mengingati faktor-faktor yang mudah anda lupa dengan mengaitkannya pada suatu faktor yang berkaitan, seperti di mana anda membaca bahan tersebut, dengan siapa anda berbincang mengenainya dan sebagainya.

10. Pelajarilah berulang-ulang dan bersungguh-sungguh sehingga semua faktor tersebut telah anda kuasai sepenuhnya. Ujilah kemampuan anda secara berperingkat dengan mengadakan latihan-latihan mengingat semula sehari selepas itu, seminggu kemudian, dua minggu kemudian dan seterusnya.

11. Cuba gunakan apa yang telah anda pelajari untuk praktikal.

10 AKHLAK MULIA..

Menurut Aisyah ra ada 10 akhlak yang menjadi parameter kemuliaan seseorang:
1. berkata jujur,
2. menghadapi musibah dalam ketaatan kepada Allah,
3. memberi peminta-minta,
4. memenuhi gaji pekerja,
5. silaturrahmi,
6. memenuhi amanat,
7. berbuat baik pada tetangga,
8. berbuat baik pada sahabat,
9. memuliakan tamu, dan yang paling utama
10. malu.”
(HR Ibnu Abi Dunya)

11 KE NERAKA 1 KESYURGA..

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-

1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.

5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11. Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."

Muhasabahlah diri kita, dalam golongan mana sebenarnya kita berada. Moga kita berada dalam golongan orang yang beramal soleh. InsyaAllah

SIFAT-SIFAT BERANI

Sifat Berani Yang Negatif ( sifat berani yang ditegah ) atau Sifat Berani Yang Positif ( sifat berani yang dituntut ) atau kedua-duanya sekali.

1.Berani Menjauhi Sifat-Sifat Yang Buruk
2.Berani Beramal Dengan Sifat-Sifat Terpuji
3.Berani Menghadapi Kritikan
4.Berani Mengkritik Secara Menyenangkan
5.Berani Menghadapi Kegagalan

9 + 4..

9 sifat yang digariskan dalam AlQuran bagi orang yang beriman;
o Orang yang bertaubat
o Orang yang beribadat
o Orang yang mensyukuri nikmat Allah (Lahirkan & zahirkan)
o Orang yang mengembara ke jalan Allah, melihat kebesaran Allah.
o Orang yang rukuq
o Orang yang sujud
o Orang yang menyuruh kepada yang ma'ruf dan melarang pada yang mungkar
o Orang yang memelihara batas-batas hukum Allah

• 4 petua Rasulullah untuk meningkatkan darjat
o Bersopan santun dengan orang yang tidak pedulikan kita
o Maafkan orang yang menzalimi kita
o Berikan kepada mereka yang bakhil terhadap kita
o Hubungi lah mereka yang memutuskan silaturrahim

TEKA TEKI IMAM GHAZALI..

soalan yang diajukan oleh Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya tentang :
• Yang paling dekat - Mati
• Yang paling jauh - Masa
• Yang paling besar - Hawa Nafsu
• Yang paling berat - Amanah
• Yang paling ringan - Tinggalkan solat
• Yang paling tajam - Lidah

DOA BANYAK2..

اللهم إني أسألك علما نافعا و رزقا طيبا و عملا متقبلاز آمين

CIRI-CIRI ILMU YANG BERMANFAAT..

Ciri-ciri ilmu yang bermanfaat di dalam diri seseorang:
1. Menghasilkan rasa takut dan cinta kepada Allah.
2. Menjadikan hati tunduk atau khusyuk kepada Allah dan merasa hina di hadapan-Nya dan selalu bersikap tawaduk.
3. Membuat jiwa selalu merasa cukup (qanaah) dengan hal-hal yang halal walaupun sedikit yang itu merupakan bagian dari dunia.
4. Menumbuhkan rasa zuhud terhadap dunia.
5. Senantiasa didengar doanya.
6. Ilmu itu senantiasa berada di hatinya.
7. Menganggap bahwa dirinya tidak memiliki sesuatu dan kedudukan.
8. Menjadikannya benci akan tazkiah dan pujian.
9. Selalu mengharapkan akhirat.
10. Menunjukkan kepadanya agar lari dan menjauhi dunia. Yang paling menggiurkan dari dunia adalah kepemimpinan, kemasyhuran dan pujian.
11. Tidak mengatakan bahwa dia itu memiliki ilmu dan tidak mengatakan bahwa orang lain itu bodoh, kecuali terhadap orang-orang yang menyelisihi sunnah dan ahlussunnah. Sesungguhnya dia mengatakan hal itu karena hak-hak Allah, bukan untuk kepentingan pribadinya.
12. Berbaik sangka terhadap ulama-ulama salaf (terdahulu) dan berburuk sangka pada dirinya.
13. Mengakui keutamaan-keutamaan orang-orang yang terdahulu di dalam ilmu dan merasa tidak bisa menyaingi martabat mereka.
14. Sedikit berbicara karena takut jika terjadi kesalahan dan tidak berbicara kecuali dengan ilmu. Sesungguhnhya, sedikitnya perkataan-perkataan yang dinukil dari orang-orang yang terdahulu bukanlah karena mereka tidak mampu untuk berbicara, tetapi karena mereka memiliki sifat wara’ dan takut pada Allah Taala.

RENUNG DAN AMALKAN..

1.Musuh terutama manusia adalah dirinya sendiri.

2.Kegagalan terutama manusia adalah kesombongan.

3.Kebodohan terutama manusia adalah sifat menipu.

4.Kesedihan terutama manusia adalah rasa iri hati.

5.Ksesalahan terutama manusia adalah mencampakkan dirinya sendiri.

6.Dosa terutama manusia adalah menipu dirinya sdan orang lain.

7.Sifat manusia yg terkasih adalah rasa rendah diri.

8.Sifat manusia yang paling dapat di puji adalah semangat keuletannya.

9.Kehancuran terbesar manusia adalah rasa keputusasaan.

10.Harta terutama manusia adalah kesehatan.

11.Hutang terbesar manusia adalah hutang budi.

12.Hadiah terutama manusia adalah lapang dada dan mau memaafkan.

13.Kekurangan terbesar manusia adalah sifat keluh kesah dan tidak memiliki kebijaksanaan.

14.Ketentraman dan kedamaian terutama manusia adalah suka berdana dan beramal.

Tuesday, August 11, 2009

Bicara Kak Naza dari EC..

" Sometimes, Allah breaks our spirit 2 save our soul. He breaks our heart 2 make us whole. He send us pain so we can be stronger. He sends us failure so we can be humble. He send us illness so we can take care of ourselves. Sometimes, Allah takes everything away so we can learn the value of everything He gave Us. Allah is Almighty Great.

Sunday, August 9, 2009

Segugus Penghargaan dari sanubari.

Perjalanan insan kerdil ini menuju ke bumi Rawang, Selangor dengan harapan ada sinar di penghujung perjalanan.. Buat Kak Naza dan Shira.. Jasa kalian berdua tidak dapat saya balas.. hanya Allah jua yang mempunyai segala Izzah dan kudrah iradah berupaya membalas semuanya yang telah disediakan.. TQ kak.. Moga Moga Tuisyen Puteri Ria di Bandar Tasik Puteri, Rawang , Selangor dan Uda Ria di Bandar Baru Uda terus berkembang dan mendapat sambutan menggalakkan.. Ya Allah Tuhan Empunya Seluruh Alam dan Isinya,, kurniakanlah keluasan dan kemurahan rezeki dari sisiMu Ya Allah.. May Allah Bless U and your family..

Akhirnya.. impian tercapai..


Hotel penginapan berkonsep Bali...


Akhirnya.. dapat juga naik kapal terbang.. di sponsori oleh.. rahsia..

Ceramah di SMK Bandar Puteri, Rawang Selangor



Bersama-sama dengan pelajar SMK Bandar Puteri,Rawang, Selangor....8/8/09

Ceramah SK Bandar Puteri 2, Rawang, Selangor





Bersama-sama dengan pelajar SK Bandar Puteri 2, Rawang Selangor.. 8/8/09..

Ceramah kelebihan Rejab,Syaaban n Ramadhan




Para pelajar SK Bukit Lintang sedang mendengar ceramah.. moga-moga jadi anak-anak solehah..

Thursday, August 6, 2009

RENUNG DAN AMALKAN..

" NO MATTER HOW FAR YOU HAVE GONE ON THE WRONG ROAD, TURN BACK "

( TURKISH PROVERB )

" JIKA ANDA TELAH GAGAL, TERIMA DAN AKUI DENGAN JUJUR... ANGGAPLAH IA SEBAGAI PENGALAMAN.. CARI KELEMAHAN DAN PERBAIKI.. BANGKIT DENGAN HATI2 DAN PERCAYA PADA DIRI SENDIRI.."

TEKNIK MENJAWAB SPM SMK ADELA









WIRA DAN WIRAWATI SMK ADELA SEDANG MENYANYIKAN
LAGU DENGAN PENUH SEMANGAT.. ALL THE BEST IN UR EXAM!!!!!!!!!!!!!



Wednesday, August 5, 2009

ABANG IS BERBICARA LAGI...

HIDUP BERAKAL MATI JANGAN JADI HANTU... RENUNG2KAN..

KEHEBATAN SEORANG PAK SYEIKH..


Pak Syeikh Arrazif Al Imami Al Sungai Kapali bersama dengan madu-madunya.. Isteri cerdik yang solehah, penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran.. " Dunia adalah hiasan, isteri solehah adalah hiasan terindah dunia""... Jangan marah syeikh..

PEMIMPIN DAN PENTADBIR AN BERTERAS " INSTRUCTIONAL LEADERSHIP"


Gaya kepimpinan yang berpaksikan konsep "INSTRUCTIONAL LEADERSHIP" diamalkan oleh barisan pentadbir SMK TANJUNG PENGELIH.. Pengetua dan PK Pentadbiran dalam kursus kepimpinan.. MAJLIS DIMULAI DENGAN BACAAN DOA OLEH ASSYEIKH SYED RAZIF GKMP SAINS MATEMATIK.. AMIN

Tuesday, August 4, 2009

JURULATIH RENANG DAN TERJUNAN PANTAI..


JURULATIH UTAMA ( JU ) ACARA RENANG DAN TERJUNAN PANTAI.. TEACHER ZANA AND TEACHER IFAH.. BERAPA PINGAT EMAS DAPAT? ANYWAY, MAY ALLAH BLESS BOTH OF U... AMIN.. THANKS FOR EVERYTHING...

SEMOGA PERSAHABATAN BERKEKALAN..


BAWALAH HATI YANG BAHAGIA KEMANA2 NESCAYA KAU TETAP AKAN BAHAGIA WALAU BADAI MELANDA.. PEACE NO WAR!!!

SALAM PERTEMUAN DAN PERPISAHAN.. KENANGAN BERSAMA KALIAN WALAU SEBENTAR CUMA TETAP PENUH DENGAN KECERIAAN.. MOGA TIADA PERMUSUHAN SESAMA TEMAN..

OUR BELOVED TEACHER ZALIFAH..


SEBAHAGIAN PEJUANG DAN PEMBELA MARUAH SMK TG. PENGELIH TP SEMASA PMR NANTI.. USAHA DAN TERUS BERUSAHA INGAT JOURNEY ABCD..

PROGRAM ABANG DAN KAKAK ANGKAT UTM SKUDAI


MAJLIS PENUTUP PROGRAM ABANG DAN KAKAK ANGKAT UTM..

KETIBAAN ABANG DAN KAKAK ANGKAT DIIRINGI OLEH GPK 1 EN.MOHD. AZLI B. HJ. JOPRI..

BARISAN GURU DAN PESERTA PROGRAM ABANG DAN KAKAK ANGKAT SMK TG. PENGELIH..

PROGRAM MOTIVASI CALON PMR / SPM 09 SMK TG. PENGELIH


TUAN PENGETUA SMK TANJUNG PENGELIH SEDANG MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA TUAN HJ. SURATIN YANG SUDI MENAJA PENGINAPAN UTK PESERTA KURSUS ..HANYA ALLAH JUA YANG DAPAT MEMBALAS JASA TUAN HATI..


MAJLIS PENUTUP PROGRAM MOTIVASI CALON PMR/SPM 09 DI BATU LAYAR BEACH RESORT, PENGERANG.

Monday, August 3, 2009

ABANG IS BERMADAH...

" KEBAHAGIAAN SEBENARNYA BERMULA DARI HATI KITA SENDIRI.. DAN KITA BAHAGIA DI MANA-MANA KERANA KITA MEMBAWA HATI BAHAGIA KITA KEMANA SAHAJA KITA PERGI.. "

" SEMOGA SETIAP HARI YANG KITA TEMPUH ADALAH HARI YANG PENUH DENGAN KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAAN.."

Pelajar 8A SMK TG. PENGELIH..

BUAH HATI PENGARANG JANTUNG INTAN PAYUNG.. MOGA BERSEDIA UNTUK MENCIPTA SEJARAH SPM09.. KAULAH BINTANG HATI KAMI..

Bakal Menantu



Beruntung mempunyai anak-anak solehah.. Ya Allah rahmatilah kehidupan Ira sekeluarga.. Moga PMR 09 menceriakan kehidupan mereka sekeluarga..

Orang bijak pandai pernah berkata...

Leadership is the art of getting someone else to do something you want done
because he wants to do it.. ( Dwight Eisenhower)