Tuesday, August 25, 2009

12 BARISAN MANUSIA DI AKHIRAT

Muaz bertanya kepada Rasulullah s.a.w " Wahai Rasulullah, terangkan maksud ayat Surah Annaba':18, pada saat sangkakala ditiup, maka kamu sekelian datang berbaris-baris."

Nabi menangis dan basah bajunya sambil berkata: " Wahai Muaz, Engkau telah bertanya kepadaku perkara yang amat besar, bahawa umatku akan dikeluarkan, dikumpulkan berbaris-baris..

1. Barisan pertama: Tidak bertangan dan berkaki - Menyakiti tetangga.
2. Barisan ke2 : Berbentuk babi hutan - Meninggalkan solat
3. Barisan ke3 : Berbentuk keldai, perut penuh dengan ular dan kala jengking - Enggan membayar zakat.
4. Barisan ke4 : Darah memancut keluar dari mulut - berdusta dalam jual beli
5. Barisan ke5 : Berbau busuk - pelaku dosa yang hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.
6. Barisan ke6 : Kepala terputus dari badan - Saksi palsu
7. Barisan ke7 : Darah dan nanah mengalir keluar dari mulut - Enggan memberi kesaksian di atas kebenaran.
8. Barisan ke8 : Kepala ke bawah dan kaki ke atas - pelaku dosa zina
9. Barisan ke9 : Wajah hitam gelap : Makan harta anak yatim
10. Barisan ke10 :Tubuh penuh dengan penyakit sopak - Derhaka kepada kedua orang tuanya.
11. Barisan ke11 : Buta mata, gigi memanjang seperti tanduk lembu, bibir meleweh sampai ke dada, lidah memanjang sampai ke perut dan keluar beraneka kotoran.
12. Barisan ke12 : Wajah tang memancar sinar yang amat terang - Beramal soleh dan berbuat baik..

Semoga kita termasuk dalam barisan yang ke12.. Amin Yarabbal alamin..

No comments:

Post a Comment