Motivasi diri – bagaimana menggali motivasi tersembunyi dari air.
Bila kita sedang marah atau sedang tertekan, kita disarankan untuk membasuh diri dengan air (khususnya air wuduk) supaya kita merasa tenang, supaya minda kita cemerlang, idea-idea hebat muncul dari minda kita, fikiran kita tajam, mandi dengan kerap. Paling tidak pun, basahkan kepala kita selalu, cuci muka kita selalu dengan air biasa.
Orang kita mandi pagi dan petang saja. Selepas Subuh dan sebelum Maghrib.
Tapi, jika Anda mandi pada waktu tengahari dan waktu Asar, Anda akan merasa dua kali ganda lebih tenang. Lebih bersemangat.
Uji hal ini. Cuba Anda mandi 4 kali dalam sehari. Lepas tu rasai kesannya cemana.
Anda akan perasan emosi Anda jadi lebih tenang, fikiran Anda terhindar dari bermacam perkara yang merunsingkan. Senang nak memfokus pada kerja, tumpuan semakin tajam, ingatan makin kuat. Hati Anda hepi.
Anda akan merasa lebih bahagia. Hati yang sentiasa tenang akan mudah untuk memancarkan sinar kebahagiaan. Dalam kebahagiaan itu, ada kegembiraan.
Lantas, kegembiraan yang Anda rasai akan membuat Anda dekat dengan Allah Yang Maha Esa. Kemudian, imaginasi Anda dapat membayangkan idea-idea yang orang lain tak terfikir langsung. Pemikiran Anda dapat menganalisa perkara yang komplikated pada pemikiran orang lain. Penaakulan Anda tinggi.
Anda dapat membuat keputusan rasional, pertimbangan Anda adil. Anda menjadi menonjol, kata-kata Anda berpengaruh, penampilan Anda dan komunikasi Anda berubah menjadi komunikasi magnetik (komunikasi memikat).
Tahap motivasi Anda akan semakin meningkat, lantas menjadikan Anda mempunyai tahap dorongan sangat kuat dalam usaha mencapai sesuatu. Apa jua matlamat Anda, misalnya Anda nak turunkan berat badan, nak menambah kecergasan, menambah kecerdikan, menguatkan ingatan, air merupakan elemen penting.
Anda boleh gabungkan air dengan elemen lain seperti meminum air bersama pil-pil vitamin, mencampurkan air bersama serbuk minuman dalam bentuk tepung dipek dalam pek plastik, minum air dicampur dengan paket minuman segera (seperti paket Nescafe 3 dalam 1). Ada lagi satu rahsia.
Bila Anda selalu amalkan membacakan air yang nak diminum dengan ayat-ayat Al-Quran, memasang niat lepas tu minum air tadi, apa yang Anda hajatkan berkemungkinan besar berjaya dicapai. Air yang dibaca dengan ayat-ayat Al-Quran pastu diminum akan membersihkan hati, membersihkan saluran darah dari elemen-elemen negatif yang datang dari bisikan syaitan. Hati yang bersih semestinya mengubah kita menjadi orang berperibadi bersih.
Kesannya, kita akan memandang hidup dari aspek positif.
Kita akan dapat mencipta bermacam-maca kecemerlangan dan mencapai bermacam-macam tahap kejayaan. Paling besat, kita dapat keluar dari bermacam permasalahan.
Posted in Motivasi Diri
No comments:
Post a Comment