Saturday, January 23, 2010

Biodata saya..

USTAZ MULIADE BIN UMAT @ BIDIN

PENDIDIKAN:

# 1989 -1992 – KUSZA ( KOLEJ UGAMA SULTAN ZAINAL ABIDIN )
( DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM )
( USULUDDIN DAN FALSAFAH )

# 1992 - 1995 – UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
( IJAZAH SARJANA MUDA )
( USULUDDIN DAN FALSAFAH )

# 1996 - - MAKTAB PERGURUAN ISLAM, BANGI
( DIPLOMA PENDIDIKAN )
( SYARIAH ISLAMIAH DAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI )

PENGALAMAN BERTUGAS:

# 1997 – 2006 – SMK TANJUNG DATUK, PENGERANG.
# 2006 – 2009 - SMK ADELA, PENGERANG.
# 2009 – SMK TANJUNG PENGELIH,PENGERANG.

JAWATAN / SUMBANGAN:

# PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH

# GURU KANAN MATAPELAJARAN SAINS KEMASYARAKATAN

# KONSULTAN SYARIKAT MAJLEZA ALUMINIUM SDN. BHD.


# MUZAKKIR JASA NEGERI JOHOR

# MENGADAKAN CERAMAH MOTIVASI DI IPTA / IPTS / SEKOLAH / JABATAN KERAJAAN DAN SWASTA.

# MENYAMPAIKAN CERAMAH HARI-HARI KEBESARAN ISLAM

TALIAN UNTUK DIHUBUNGI: 013-7154277


www.motivasiustazrock.blogspot.com
www.youtube.com/ Motivasi ustaz muliade

Wednesday, January 13, 2010

AKU BIMBANG....

AKU BIMBANG....
Aku bimbang. Sangat bimbang ..Bagaimanakah kalau esok..aku mati mendadak?Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada'Ingin membayar puasa yang tertinggal..masih belum aku bertindakHutangku masih berlambak-lambak.Finance keretaku belum lagi lunas tertunaiHutang bank rumahku masih belum selesaiKewajipanku masih banyak yang terbengkalai.Aku bimbang..sangat bimbang..Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakholeh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajahAtau apakah aku akan dibelasaholeh pembengis-pembengis di alam barzakh ?Apakah aku dapat menahan sakitBila ular kubur datang menggigitKerana sembahyangku yang amat sedikitAku bimbang..sangat bimbang..Isya’ masuk..ayah ke surau menyembah Allah SWTAku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA,Ayah bertasbih, bertahmid..berzikir memuji TuhanAku terjerit²..MENYOKONG PESERTA REALITI TV YANG SIA-SIA.Ayah menggunakan masa mencari redhaan TuhanTapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandangBagaimanakah nasibku..setelah dunia aku tinggalkan?Aku bimbang..amat bimbangImanku masih terumbang-ambingKetika aku di dalam kubur..adakah orang yang akan mendo'akan?Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'anBuat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihanNasibku di bawah tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan?Hilang aku dari pandangan..hilanglah aku dalam kenangan.Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan?Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.Aku bimbang..sangat bimbang..Amal ibadahku sangat berkurang !WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarangTinggalkanlah padang bola..TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke masjid seperti orang lain.Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamuBerhentilah menjadi sahabat syaitanAgar hidupmu mendapat keredhaanSebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH

20 KEMULIAAN DUNIA & AKHIRAT

20 KEMULIAAN DUNIA & AKHIRAT
Kesejahteraan melimpah ruah untuk seluruh alam.Wahai setiap diri yang sentiasa diperhati...,Allah sentiasa melihatmu, memerhatikanmu dan mengawasimu!Dari itu sentiasalah berlaku benar dan mentaati Allah. Sesungguhnya kalian akan diganjari empat puluh kemuliaan.
Dua puluh kemuliaan dunia dan dua puluh kemuliaan akhirat;
Mendapat pujian dan disebut oleh Allah. Sungguh mulia seseorang yang mendapat kedua hal tersebut dari Allah.Diagungkan dan dimuliakan oleh Allah.Dicintai oleh Allah Ta'ala semasa hidup di dunia.Selama hidup di dunia, kerana taat dan tawakkal sehingga seolah-olah Allah menjadi wakilnya dalam segala urusan. Semua urusan Allah yang mengaturnya.Segala rezekinya ditanggung oleh Allah, dengan perubahan dari satu keadaan ke satu keadaan yang lain tanpa kesulitan, serta tidak mendatangkan impak yang negatif.Mendapat pertolongan dari Allah terhindar dari niat yang buruk dan kedengkian.Tidak merasa khuatir, kerana Allah sentiasa mententeramkan hatinya.Darjat kemuliannya terangkat. Sebab kemuliannya tidak pernah dinodai dengan khianat dunia, makhluk dan ahli dunia.Himmahnya diangkat oleh Allah hingga puncak. Tidak tersentuh kotoran dunia dan ahlinya, tidak terguris oleh kebohongan dan segala yang dapat melalaikan akhirat.Kekayaan hati, dimana melebihi kekayaan material. Hatinya ikhlas, lapang dada, tidak terkejut dengan berbagai kejadian, dan tidak bersedih kerana ketiadaan.Hatinya bersih, sehingga memudahkan menerima segala ilmu dan rahsia serta hikmah.Bersabar dan ikhlas menerima segala cubaan dan musibah yang terjadi akibat kelakuan kejahatan dan musuh.Dihormati dan disegani orang lain.Dicintai dan dimuliakan oleh orang lain.Setiap tutur katanya mendatangkan kebaikan kepada orang lain. Sehingga orang lain mengharapkan kebaikan darinya.Bumi, langit dan laut tunduk kepadanya.Semua binatang tunduk kepadanya.Mengetahui rahsia-rahsia bumi.Menjadi pemimpin dan taat berkidmat kerana Allah dan mengharapkan barakah dari Allah.Allah mengabulkan doanya.Diringankan sakaratul mautnya.Tetap dalam makrifah dan iman.Allah melimpahkan kebahagiaan kepadanya juga keridhaan sehingga dia sentiasa merasa aman.Kekal di dalam syurga, dekat dengan Allah.Di alam ghaib, rohnya diangkat ke langit dengan penghormatan dan kemuliaan. Sedangkan mayatnya sebelum dikuburkan, dimuliakan dan berebut untuk disolatkan.Dapat menjawab pertanyaan kubur dengan lancar dan benar sehingga terbebas dari siksa kubur.Diluaskan dan diterangi kuburnya, berada dalam taman syurga hingga kiamat.Ruhnya mengadap Allah dengan tenang, jasadnya dikuburkan dengan senang. Disimpan bersama-sama ruh kaum yang soleh.Bangkit dari kubur dan dikumpulkan di padang mahsyar dengan mendapat lindungan dan penghormatan.Riak mukanya berseri-seri dan bersahaja.Aman dari petaka hari kiamat.Menerima catatan amal dari sebelah kanan.Diringankan hisabnya, malahan ada yang tidak dikenakan hisab sama sekali.Timbangan kebaikannya berat.Mengadap Rasulullah dan meminum air dari telaganya. Tidak akan merasa dahaga dalam masa agak panjang.Berjaya meniti Siratul Mustaqim dan selamat dari neraka jahanam.Mampu memberi syafaat kepada orang lain di padang mahsyar di akhirat kelak.Kekuasaannya kekal di dalam syurga.Mendapatkan keredhaan yang agung darpipada Allah SWT.Menghadap rabbul alamin dengan tenang... dan diredhaiNya.

15 PERKARA YG PERLU KITA TAHU

15 PERKARA YG PERLU KITA TAHU
15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita-pintu marah- cinta dunia- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)- panjang angan-angan- rakus- bakhil- suka pada pujian- riak- ujub (merasa kagum)- takut dan gelisah- buruk sangka- memandang rendah pada orang lain- merasa suka pada dosa- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"- putus asa daripada rahmat "ALLAH"15 Senjata Menghalang Syaitan- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)- Banyakkan berzikir- Banyakan Beristigfar- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"- Jangan tidur berseorangan- Baca doa pagi dan petang- Bersugi- Melaksanakan solat jemaah- Berwudhuk sebelum tidur- menutup aurat- Membaca doa masuk tandas.- Banyak berselawat pada hati- Bertaubat, beristighfar- Banyakan baca Al-Quran- Membaca surah Yassin setiap pagi

CIRI-CIRI WANITA SYURGA

CIRI-CIRI WANITA SYURGA
Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Syurga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.Di antara ciri-ciri wanita ahli Syurga adalah :1.Bertakwa.2.Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk.3.Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu.4.Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.5.Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.6.Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata.7.Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.8.Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.9.Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.10.Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.11.Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk.12.Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).13.Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.14.Berbakti kepada kedua orang tua.15.Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

LIRIK LAGU: ANDAIKU TAHU...

Andai Ku tahuKapan tiba ajalkuKu akan memohonTuhan tolong panjangkan umurkuAndai Ku tahuKapan tiba masakuKu akan memohonTuhan jangan kau ambil nyawakuChorus:Aku takutAkan semua dosa-dosa kuAku takutDosa yang terus membayangikuMungkin tahuMalaikatMu kan menjemputkuIzinkan akuMengucap kata tobat PadaMuAmpuni akuDari segala dosa2 kuAmpuni akuMenangis minta tobat PadaMuAku manusiaYang takut nerakaNamun aku jugaTak pantas di surgaAndai Ku tahuKapan tiba ajalkuIzinkan akuMengucap kata tobat PadaMu

CINTA ILAHI CINTA SEJATI...

Cinta adalah sesuatu yang fitrahKita tidak boleh lari dari kedatangan cinta ituSetiap orang pasti pernah jatuh cinta,dicintai atau mencintaiHanya yang perlu diingat adalah Cinta itu milik ALLAH SWT dan bermuara kepadaNYAJadi,ketika kita mencintai manusiaKita harus mencintainya kerana ALLAHJangan sampai cinta manusia lebih besar Daripada cinta kita kepada ALLAH SWTManusia pasti akan matimaka cinta manusia pasti akan mati jua akhirnyaTetapi ALLAH tidak akan matiMaka cinta kita kepada ALLAH jua tidak akan matiDIA akan terus terbawa sampai ke akhiratCintailah ALLAH kerana DIA tidak akan meninggalkan kita semua.

Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT

Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT

Salam..
Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT. Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah s.a.w bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah s.w.t memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.
Salam......
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."
Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
"Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237
PS: Kita agaknya di kalangan yang mana satu agaknya.......

7 "C" PENYEBAB SUAMI BENCI ISTERI



7 'C' Penyebab Suami Benci Isteri.

Salam...
Untuk semua isteri, bakal isteri dan jugak yg beristeri...lagi
C1. CABAR
Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani
cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ...
C2. CABUL
Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)
seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua ...
C3. CELUPAR
Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...
C4. COMOT
Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje ... Ade isteri kata - mekap untuk suami, ... tapi kat rumah tak mekap pun ...
C5. CEMBURU
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 ...
C6. CEREWET
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ...suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...
7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ... Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ...
Nasib baik le bini koi takde sifat 7C tu....sebab tulah kome aman damai sentosa bahagia gembira sokmo dan sokmo...Harap2 kebahagian yang dikecapi berkekalan hingga ke akhir hayat...
Salam...
Untuk semua isteri, bakal isteri dan jugak yg beristeri...lagi
C1. CABAR
Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani
cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ...
C2. CABUL
Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)
seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua ...
C3. CELUPAR
Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...
C4. COMOT
Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje ... Ade isteri kata - mekap untuk suami, ... tapi kat rumah tak mekap pun ...
C5. CEMBURU
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 ...
C6. CEREWET
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ...suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...
7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ... Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ...

BIODATA ANAK-ANAK SYAITAN..

Anak Syaitan..
Anak Syaitan yang membelenggu kita saban hari bagi menyesatkan umat Nabi Muhammad S.A.W.Sebarkan pada orang ramai dan marilah kita amalkan Islam dalam kehidupan supaya terhindar dari bisikan Syaitan serta diredhai Allah..Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan
1. ZalituunDuduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih! dan membeli barang-barang yangtidak perlu.
2. WathiinPergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka burukterhadap Allah.
3. A'awanMenghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dantidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. HaffafBerkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yangberada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg adaminuman keras).
5. MurrahMerosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehinggalupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour.
6. MasuudDuduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masukke rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suamiisteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isterihilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentukkemusnahan rumah tangga lagi).
8. WalahaanMenimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketikaberwuduk dan solat serta menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. LakhuusMerupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

RENUNGAN BUAT ISTERI-ISTERI DI LUAR SANA..

Isteri yang Tersayang
Diriwayatkan ada seorang wanita yang sudah bersuami. Pada suatu hari bapa si wanita ini sakit tenat. Si isteri meminta izin kepada suami untuk keluar menziarahi bapanya, namun tidak diizinkan. Si wanita memberitahu hal ini pada Rasulullah dan bertanyakan kepada Rasulullah adakah dia boleh pergi menziarahi bapanya yang sakit sedangkan suaminya tidak mengizinkan. Rasulullah menjawab tidak. Kemudian si wanita mendapat tahu bahawa bapanya sakit tenat, lantas dia meminta izin suaminya untuk menziarahi bapanya. Si suami tidak mengizinkannya keluar rumah. Si wanita bertanyakan lagi kepada Rasulullah. Jawapan Rasulullah masih sama..tidak boleh. Akhirnya si wanita diberitakan bahawa bapanya telahpun meninggal dunia dan dia meminta keizinan suaminya untuk ke majlis solat jenazah dan pengebumian bapanya. Juga si suami tidak mengizinkan. Si wanita bertanyakan kepada Rasulullah. Rasulullah juga menjawab dia tidak boleh keluar rumah selagi tidak mendapat keizinan suami.Keesokan harinya, Rasulullah menyampaikan pesanan kepada wanita itu, bahawa sesungguhnya Allah telah mengampunkan dosanya dan dosa bapanya diatas ketaatannya kepada suami.Suami juga perlu bertindak bijak menangani permasalahan di atas. Janganlah hanya mementingkan diri sahaja..Dedikasi buat isteri-isteri diluar sana. Jadikan panduan dari kisah ini.

ISTERI KU SAYANG..


Aku hanya seorang suamiyang menerima setulus hati seorang isteri.
Janji yang termeterai di musim yang lalu.

Salam ku hulur buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi derita yang datang.Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.

Biar kita rasa: Rupanya kebahagiaan rumah tangga itu sangat tinggi maharnya.
Isteri ku sayang…Tidak abang tagihkan setiamu, sesetia Hawa kepada Adam.Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.
Cuma terimalah kehadiranku seadanyadi sudut tersuci di dalam hatimu…..sebagai seorang isteri sejujur hati.

8P untuk pasangan kekasih dan suami isteri

8P untuk pasangan kekasih dan suami isteri
Siti Nur Bahyah berkata,
1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.
2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.
5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'
6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong."Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya."sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"

RAHSIA SURAH YASIN AYAT KE 58..

Rahsia ayat ke 58-Yassin
Kita selalu baca surah yassin, tapi lupa untuk berniat seperti yang di bawah ni. Rugi pulak rasanya. > True story : my story . > My sister was staying with me some months ago. My sister was bleeding> profusely akibat pendarahan dalaman. Ketika itu jam 10 malam. Panic, apa nak > dibuat? Mak, ayah semua nya dah arwah. Teringatkan Pak Kiai di Rawang yang> sering merawat sister itu, I asked my niece to call and ask him what we> should do? He said ' baca ayat 58 dr surah Yassin dan niat sambil meniup > kearah duburnya bagi menghentikan pendarahan tersebut'. So my niece pun> buatlah. A few seconds later darah pun berhenti. Oh god, what a miracle,> alhamdullilah, leganya.> From that day onwards, itulah yang saya buat apabila ada orang yang perlu > bantuan menghentikan pendarahan. Yakinlah dgn ayat2 Allah.> Hjh Noor Aini> > Subject: Rahsia surah yassin ayat ke 58...> > RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58> > > Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah > tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali> untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha> Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan. > Jika boleh niatkan sebegini: > > 1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku > 2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh> dan mencintai islam > 3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik > dan berjaya didunia dan akhirat. > 4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku> dapat ini > 5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq> dan miskin > 6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang> beriman kesihatan zahir batin > 7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan> redhaikanlah aku.....> > AMINnnnn.> > Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai orang yang boleh atau lebih,> tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan> dakwah ini kerana Allah.> Dunia adalah pentas, akhirat tempatnya yang sebenar...

Petua untuk Bahagia-Dari Dr Fadzilah Kamsah

Petua untuk Bahagia-Dari Dr Fadzilah Kamsah
Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.1. Doa yang berterusan.2. Patuh ajaran agama.3.. Murah dengan pujian.4. Murah dengan khidmat.5. Murah dengan belaian kasih sayang.6.. Murah dengan sentuhan.7. Mencari kebaikan pasangan.8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.15. Tolak-ansur.16. Menghormati dan mengambil kira ¡gerak batin¢ (intuition) perempuan.17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan..19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.20. Sanggup berkorban buat pasangan.21. Menghormati pasangan.22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.27. Meletakkan hak kepada pasangan.28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.30. Mengawal marah. Buat perjanjian.31. Mencari penyelesaian dalam situasi ¡menang-menang¢ .32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.34. Memahami peranan ¡pasangan¢.35. Hubungan perasaan sesama pasangan.36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.39. Tujuh kali puji dan satu teguran.40. Sebut ¡I love you¢ sepanjang masa.41. Banyakkan bergurau dan bermesra.42. Sentiasa berterus terang.43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.45. Elakkan salah pasangan.46. Cari titik pertemuan.47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.48. Lebih banyak memberi daripada menerima.49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.51. Seimbangkan hubungan dari segi:(a) Mental, pendidikan dan ilmu(b) Emosi(c) Fizikal dan ekonomi(d) Sosial(e) Spiritual52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).53. Tidak terlalu mengongkong.54. Tidak bertindak bersendirian.55. Memberi peluang untuk berbeza:(a) Pendapat atau pandangan(b) Hobi(c) Kegemaran(d) Makanan(e) Cita rasa(f) Warna pilihan dan pelbagai56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).59. Tidak meminta yang bukan-bukan.60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.61. Mencari kelainan dan perubahan positif.62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Tips Bersangka baik sesama manusia

Tips Bersangka baik sesama manusia
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan. Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku". Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".. Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku." Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku." Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku." Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

RAHSIA DI SEBALIK SOALAN WANITA KEPADA LELAKI..

makna tersirat kata2 wanita
1)Kalau pompuan kata : oklah wak,kita sembang lain kali yek.Maknanya : dah le tu...maleh dah nak sembang ngan ko..boring!
2)Kalau pompuan kata : tak pe,saya tak kisah..Maknanya : sape kata aku tak kisah?
3)Kalau pompuan kata : kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan jeMaknanya : aku memang tak nak kat ko..kalo cakap kang penyek plak muka tu..
4)Kalau pompuan kata : eh....u call ekk?i tak de receive call dari u pun...Maknanya : memang no ko naik tapi saja aku malas nak jawap
5)Kalau pompuan kata : lain kali je la kita keluar,i bz la sekarang ni...nanti i free i call u ,kay?Maknanya : aku tak nak keluar ngan ko,tak reti2 bahasa lagi ke?
6)Kalau pompuan kata : i sebenarnya tak la memilih sangat.Maknanya :sape kata aku tak memilih....please. .kalo nak makan pun harap aku belanja,boleh blah la...
7)Kalau pompuan kata :i tak kisah penampilan u macamana punMaknanya : ya Rabbi!selekehnya pak we aku...
8)Kalau pompuan kata : lain kali kita keluar lagi ekk?i kena balik balik cepat la...ada hal...Maknanya : inilah first and last aku keluar ngan ko...
9)Kalau pompuan kata :saya suka lelaki yg mcm ni...mcm tu..bla...bla. ..bla...Maknanya : excuse me!ciri2 tu tak de kat ko..so..paham2 sendiri la
10)Kalau pompuan kata : u keje kat mana?as what?Maknanya :kalo setakat keje ntah hapa2 tak payah le ngorat aku...

RAMALAN PSIKOLOGI MEMILIH PASANGAN..

Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat saya telah bertanya satu soalan psikologi yang saya kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka.Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda. Soalannya berbunyi begini.Ada 5 perkara berlaku serentak.1.Air mendidih kat dapur.2.Air paip melimpah kat bilik air.3.Bayi menangis.4.Telefon berbunyi.5. Ada orang ketuk pintu.Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda..Fikir....Ermmm.............. ... ..........................Fikir lagi la ek...................Dah habis fikir ke nie????..............OK la, dah habis fikir kan ? Dan dah buat keputusan gak kan ?.....Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?.............Nak tau ke tak nie???..... .......Jawab la... Nak tau ke tak nie????......Senyum la dulu............Senyum laa.............Dah senyum tak nie??? Hihihi..................Baik, mari kita semak jawapan anda...Apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.>>>> :* Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air: menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi: menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.Haaa macammana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.

10 PERKARA BUKTI LELAKI KADANG-KADANG RUMIT

10 Perkara bukti Lelaki itu Rumit
1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.
2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.
3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.
4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.
5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.
6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..
7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.
8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.
9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukaruntuk dijaga hati.
10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semuaini tidak benar

HATI-HATI KETIKA MEMBACA FAKTA-FAKTA INI..

Persoalan demi persoalan
1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna YoshidaKogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di duniayang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun.Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampumerosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyakmampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisikikan yang telah diproses.5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan danbukannya perasa tambahan pada makanan.6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaanjam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankansedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinyatidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasadari orang lain.9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensornyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan dimana mangsa berada.10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkansekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kumanberterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan12345678987654321.12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akantenggelam di dalam pasir jerlus.17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalamsehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiaptahun.21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang palingbanyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasadan senang dibiakkan untuk makanan.22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan pendudukpenduduknya.24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanyamenggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagnesegar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turunkembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untukbahagian bibirnya sahaja)27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby' .28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahutentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapatmenarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kitasendiri.29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan ?kekekeke!!! OK dah pegi buat keja.......

TANDA TAUBAT DITERIMA


Tanda taubat diterima Allah
1-bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih beum terhakis.2- hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang soleh dari mendekati mereka-mereka yang fasik3- bila ia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira,sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab allah4-sungguhpun sedikit rezeki yang ia dapat di dunia ini namun ia tetap melihat banyak,tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah di kerjakannya namun ia tetap merasa sedikit5-bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap allah sebaliknya sedikitpun ia tidak sibuk menguruskan rezekinya yang telah di jamin oleh allah6-bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya,sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal wasssalam…

SURAH PENDEK TAPI BANYAK PENAWARNYA

Surah Penawar yang Amat pendek dan mudah dihafal ~ Surah Al-Kautsar (cara bacaan dan khasiatnya)

Cara Bacaan mengikut tajwid dlm bahasa rumi:Bismillahhirrohmanirrahim~innaaaa a'q thoinaaa kal kau sarfathol lilirob bikawan harInnnashaaa ni a ka hu al abtarSurah Al-Kautsar Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkahdan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripadabatupermata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripadasusu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yangdikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya'allah hilang dahaga.3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan airmawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahanAllah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyukketika menunaikan solat.7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allahs.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalahtetapi dizalimi.Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.P/S: apabila kita membaca doa dengan niat untuk mengubati dan mendapat khasiat ayat tersebut yakinlah sepenuh hati dan berharap bahawa ianya pasti akan dimakbulkan tuhan..Insyaallah,doa yang baik,pasti dimakbulkan.Sebenarnye setiap doa kita adalah doa yang dimakbulkan tuhan.berdoa harus dilakukan dengan ikhlas,sepenuh hati,dan pengharapan yang tinggi dan keyakinan yang tinggi bahawa Allah mendengar dan akan memakbulkan doa kita.Sekiranya kita mengikut tertib berdoa yang betul lagi bagus..tp dlm sesetengah keadaan sekalipun,apabila berdoa yakinlah bahawa doa kita akn termakbul,Insyaallah.

Tuesday, January 5, 2010

8 CARA MENRAPATKAN HUBUNGAN SESAMA RAKAN SEKERJA

8 cara rapatkan hubungan dengan teman sekerja

Dalam setiap bidang pekerjaan yang anda diceburi, hubungan dengan teman sekerja tidak harus diabaikan. Selain diri sendiri, mereka juga akan memberikan impak terhadap mood bekerja. Jika hubungan itu baik, maka eloklah juga mood kerja. Namun di sebaliknya, ia boleh menjejaskan prestasi kerja seseorang. Tip berikut diharap dapat membantu menjalinkan hubungan sesama rakan sekerja anda.



Ingat nama teman

Sejauh mana anda mengingati nama kesemua teman sekerja anda? Jika hal semudah itu pun di abaikan, maka hubungan itu akan renggang dengan sendirinya. Jadi rajinkan diri menyebutkan nama mereka setiap kali bersua muka biarpun hanya dengan nama samaran. Alangkah mesranya jika memberikan salam atau pun ucapan pagi dengan mereka.



Saling bertegur sapa

Pernahkah anda terfikir untuk tidak menegur teman sekerja kerana merasakan mereka tidak ada kene-mengena dengan urusan anda? kikiskan sikap sebegitu kerana ia ternyata silap sama sekali. Mungkin anda tercari-cari topik untuk memulakan bicara untuk dibincangkan. Jika susah sangat, memadailah memulakannya dengan senyuman ikhlas atau dengan ucapan 'hai'.



Lakukan aktiviti luar pejabat bersama

Bersosial bersama di luar waktu kerja adalah cara paling efektif dalam menjalinkan hubungan dengan teman sekerja. Anda mungkin boleh keluar makan, membeli-belah, atau menjalankan apa jua jenis aktiviti yang disukai. Paling tidak pun anda boleh menghadiri majlis perkahwinan teman sekerja dan pastinya mereka yang lain turut ada di sana. Dari situ pula, anda bileh memulakan perbualan ringan yang bakal menjadi permulaan kemesraan.



Hulurkan bantuan

Menghulur bantuan adalah perkara baik jadi mengapa tidak dilakukan kepada teman sekerja. Jenis bantuan itu bagaimana pun terpulang kepada kemampuan dan keihklasan anda sendiri.Tawarkan diri jika mahu membantu teman sekerja yang mungkin dalam kesulitan. Rasanya bukan satu masalah besar jika anda mahu menumpangkan mereka ke perhentian bas berdekatan.



Gurau-senda

Bergurau senda mempunyai elemen magis dalam merapatkan hubungan sesama manusia. Jadi tonjolkannya secara semula jadi jika anda memiliki sifat itu. Namun usah keterlaluan sehingga menyentuh sensiviti seseorang, terutamanya buat orang yang baru dikenali. Dalam masa yang sama, jangan terlalu memaksa diri. Meski pun anda mungkin tidak kreatif bergurau, namun pastinya ada masih boleh ketawa. Itu sudah cukup untuk satu permulaan yang baik.



Elak berprasangka @ melabel

Setiap teman sekerja mempunyai ragam tersendiri. Jadi sebagai seorang yang belum benar-benar mengenali, anda sama sekali tidak digalakkan untuk melabel apatah lagi menghukum seseorang. Usah terus mempercayai cerita orang tanpa mengenali individu berkenaan. Mungkin apa yang dikatakan hanyalah khabar angin yang telah ditokok tambah. Kenali individu tersebut, mana tahu anda mungkin serasi denganya.



Elak tunjuk pandai berlebihan

Bagi yang sudah mengenali, elakkan daripada menunjuk pandai di awal perkenalan.
Gunakan saat-saat itu untuk lebih memahami sosok individu itu. Jangan pula anda menjolok sarang tebuan kerana hunbungan bukan sahaja akan bertambah renggang bahkan mampu mencetuskan pergaduhan. Anda mungkin mempunyai pendapat sendiri namun pilih masa yang sesuai untuk meluahkannya.



Minta @ bertukar-tukar pendapat

Alternatif lain untuk merapatkan hubungan dengan teman sekerja ialah dengan menanyakan pendapat. Pastinya mereka mempunyai pendapat yang berbeza-beza yang mungkin mampu meningkatkan lagi prestasi kerja anda. Dalam bekerjasama itu, secara perlahan -lahan hubungan yang terjalin akan bertambah erat.



SIFAT GURU YANG TERBAIK

1. SABAR - seorang guru perlu sabar dengan tingkahlaku pelajar nya sama ada sek. rendah atau menengah. Kesabaran ini penting utk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini seperti mengetuk pelajar dengan kasut tumit! kikiki....

2. PINTAR - perlu pintar dalam pelbagai bidang termasuk lah bidang kelentong yang profesional la....sbb, pelajar ni suka bertanyakan pelbagai perkara sama ada logik atau tidak...asalkan boleh tya, mereka tanya....oleh itu, cikgu perlu pandai menjawab soalan tersebut, jangan pula kata tak tahu, sbb ini akan menimbulkan persepsi negatif murid kepada cikgu.

3. BERPENGETAHUAN LUAS - perlu banyak membaca dalam pelbagai bidang. Jangan khusus pada bidang tertentu sahaja.

4. KREATIF - ini salah satu ciri yang penting..seorang guru yang kreatif akan menjadi guru yang baik dan disenangi. "semalam cikgu buat game mcm ni....hari ni ade apa pulak ye..." Dengan kreatif ini, cikgu akan menjadi seseorg yang dinanti2kan dan disenangi ramai.

5. KELAKAR/HUMOR - tak la bermakna kena jadi Mr Bean di depan kan...tetapi sekali sekala boleh berhumor dengan pelajar. Tegas tetap ade...tetapi humor jangan diketepikan.

6. TIDAK PILIH KASIH - ini juga sgt penting dalam membina hubungan di dalam kelas.
Jangan sekali-kali pilih kasih, sama ada dari segi kepandaian atau paras rupa. Jangan menyisihkan seseorg kerana kelemahannya...

7. BAHASA YG SANTUN - tidak sekali-kali menggunakan kata-kata kesat terhadap murid seperti bodoh, lembab, lembu dan sebagainya. Ini akan melemahkan semangat seseorg pelajar, lebih2 lagi kalau ade pelajar yang ambil kesempatan dengan mentertawakan mereka ini.

8. PENERAPAN KEAGAMAAN DAN NILAI MORAL - ini juga adalah sangat penting. Sebagai seorg guru....kita tak boleh terlalu kecilkan skop kita terhadap subjek yang kita ajar sahaja. Tetapi boleh diterapkan dengan nilai2 murni yang boleh menjadi kebiasaan para pelajar. Contohnya dalam aktiviti berkumpulan, terapkan sikap tolong menolong sesama ahli kumpulan, jangan pelajar yg pandai menyisihkan pelajar yg lemah.

9. RAJIN MEMUJI - murid suka dipuji...maka gunakan lah kata2 pujian untuk menunjukkan penghargaan terhadap seseorg pelajar di atas kecemerlangan atau kebijaksanaan atau kebaikan yang ditonjolkan....

CIRI-CIRI GURU YANG HEBAT

CIRI-CIRI GURU YANG HEBAT


1. Bersikap profesional
2.Mempamerkan ciri2 kekuatan teori
3. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
4. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
5. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
6. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
7. Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
8. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
9. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
10. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik
.