Isteri yang Tersayang
Diriwayatkan ada seorang wanita yang sudah bersuami. Pada suatu hari bapa si wanita ini sakit tenat. Si isteri meminta izin kepada suami untuk keluar menziarahi bapanya, namun tidak diizinkan. Si wanita memberitahu hal ini pada Rasulullah dan bertanyakan kepada Rasulullah adakah dia boleh pergi menziarahi bapanya yang sakit sedangkan suaminya tidak mengizinkan. Rasulullah menjawab tidak. Kemudian si wanita mendapat tahu bahawa bapanya sakit tenat, lantas dia meminta izin suaminya untuk menziarahi bapanya. Si suami tidak mengizinkannya keluar rumah. Si wanita bertanyakan lagi kepada Rasulullah. Jawapan Rasulullah masih sama..tidak boleh. Akhirnya si wanita diberitakan bahawa bapanya telahpun meninggal dunia dan dia meminta keizinan suaminya untuk ke majlis solat jenazah dan pengebumian bapanya. Juga si suami tidak mengizinkan. Si wanita bertanyakan kepada Rasulullah. Rasulullah juga menjawab dia tidak boleh keluar rumah selagi tidak mendapat keizinan suami.Keesokan harinya, Rasulullah menyampaikan pesanan kepada wanita itu, bahawa sesungguhnya Allah telah mengampunkan dosanya dan dosa bapanya diatas ketaatannya kepada suami.Suami juga perlu bertindak bijak menangani permasalahan di atas. Janganlah hanya mementingkan diri sahaja..Dedikasi buat isteri-isteri diluar sana. Jadikan panduan dari kisah ini.
Assalamua'laikum warahmatullah wabarakatuh..
ReplyDeleteUstaz, apa khabar...
saya sekadar ingin bertanya..
Katakanlah situasi ini berlaku keatas isteri ustaz sendiri...adakah ustaz akan melarang isteri ustaz keluar dari rumah hanya untuk melawat jenazah ayahnya..??..saya kira hadis Rasulullah di atas perlu dijelaskan lebih lanjut untuk mengelakkan kekeliruan...mungkin `suami' dalam peristiwa di atas mempunyai sebab yang kukuh untuk tidak membenarkan isteri beliau keluar dari rumah..tapi..kalau suami sendiri tidak mempunyai alasan yang munasabah, saya kira suami juga tidak harus melarang isterinya yang hanya mahu melawat jenazah ayahnya buat kali terakhir...saya faham intipati hadis tersebut yang mewajibkan taat kepada suami dalam apa jua keadaan kecuali dalam hal yang melanggar hukum Allah dan sunnah Rasullullah....sekali lagi saya sekadar bertanya..dan kalau ada jawapan..alhamdulillah itu adalah lebih baik...terima kasih ustaz..assalamualaikum warahmatullah...