Wednesday, January 13, 2010

BIODATA ANAK-ANAK SYAITAN..

Anak Syaitan..
Anak Syaitan yang membelenggu kita saban hari bagi menyesatkan umat Nabi Muhammad S.A.W.Sebarkan pada orang ramai dan marilah kita amalkan Islam dalam kehidupan supaya terhindar dari bisikan Syaitan serta diredhai Allah..Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan
1. ZalituunDuduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih! dan membeli barang-barang yangtidak perlu.
2. WathiinPergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka burukterhadap Allah.
3. A'awanMenghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dantidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. HaffafBerkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yangberada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg adaminuman keras).
5. MurrahMerosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehinggalupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour.
6. MasuudDuduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masukke rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suamiisteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isterihilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentukkemusnahan rumah tangga lagi).
8. WalahaanMenimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketikaberwuduk dan solat serta menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. LakhuusMerupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

No comments:

Post a Comment