Tuesday, January 5, 2010

SIFAT GURU YANG TERBAIK

1. SABAR - seorang guru perlu sabar dengan tingkahlaku pelajar nya sama ada sek. rendah atau menengah. Kesabaran ini penting utk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini seperti mengetuk pelajar dengan kasut tumit! kikiki....

2. PINTAR - perlu pintar dalam pelbagai bidang termasuk lah bidang kelentong yang profesional la....sbb, pelajar ni suka bertanyakan pelbagai perkara sama ada logik atau tidak...asalkan boleh tya, mereka tanya....oleh itu, cikgu perlu pandai menjawab soalan tersebut, jangan pula kata tak tahu, sbb ini akan menimbulkan persepsi negatif murid kepada cikgu.

3. BERPENGETAHUAN LUAS - perlu banyak membaca dalam pelbagai bidang. Jangan khusus pada bidang tertentu sahaja.

4. KREATIF - ini salah satu ciri yang penting..seorang guru yang kreatif akan menjadi guru yang baik dan disenangi. "semalam cikgu buat game mcm ni....hari ni ade apa pulak ye..." Dengan kreatif ini, cikgu akan menjadi seseorg yang dinanti2kan dan disenangi ramai.

5. KELAKAR/HUMOR - tak la bermakna kena jadi Mr Bean di depan kan...tetapi sekali sekala boleh berhumor dengan pelajar. Tegas tetap ade...tetapi humor jangan diketepikan.

6. TIDAK PILIH KASIH - ini juga sgt penting dalam membina hubungan di dalam kelas.
Jangan sekali-kali pilih kasih, sama ada dari segi kepandaian atau paras rupa. Jangan menyisihkan seseorg kerana kelemahannya...

7. BAHASA YG SANTUN - tidak sekali-kali menggunakan kata-kata kesat terhadap murid seperti bodoh, lembab, lembu dan sebagainya. Ini akan melemahkan semangat seseorg pelajar, lebih2 lagi kalau ade pelajar yang ambil kesempatan dengan mentertawakan mereka ini.

8. PENERAPAN KEAGAMAAN DAN NILAI MORAL - ini juga adalah sangat penting. Sebagai seorg guru....kita tak boleh terlalu kecilkan skop kita terhadap subjek yang kita ajar sahaja. Tetapi boleh diterapkan dengan nilai2 murni yang boleh menjadi kebiasaan para pelajar. Contohnya dalam aktiviti berkumpulan, terapkan sikap tolong menolong sesama ahli kumpulan, jangan pelajar yg pandai menyisihkan pelajar yg lemah.

9. RAJIN MEMUJI - murid suka dipuji...maka gunakan lah kata2 pujian untuk menunjukkan penghargaan terhadap seseorg pelajar di atas kecemerlangan atau kebijaksanaan atau kebaikan yang ditonjolkan....

1 comment: