Dalam setiap bidang pekerjaan yang anda diceburi, hubungan dengan teman sekerja tidak harus diabaikan. Selain diri sendiri, mereka juga akan memberikan impak terhadap mood bekerja. Jika hubungan itu baik, maka eloklah juga mood kerja. Namun di sebaliknya, ia boleh menjejaskan prestasi kerja seseorang. Tip berikut diharap dapat membantu menjalinkan hubungan sesama rakan sekerja anda.
Ingat nama teman
Sejauh mana anda mengingati nama kesemua teman sekerja anda? Jika hal semudah itu pun di abaikan, maka hubungan itu akan renggang dengan sendirinya. Jadi rajinkan diri menyebutkan nama mereka setiap kali bersua muka biarpun hanya dengan nama samaran. Alangkah mesranya jika memberikan salam atau pun ucapan pagi dengan mereka.
Saling bertegur sapa
Pernahkah anda terfikir untuk tidak menegur teman sekerja kerana merasakan mereka tidak ada kene-mengena dengan urusan anda? kikiskan sikap sebegitu kerana ia ternyata silap sama sekali. Mungkin anda tercari-cari topik untuk memulakan bicara untuk dibincangkan. Jika susah sangat, memadailah memulakannya dengan senyuman ikhlas atau dengan ucapan 'hai'.
Lakukan aktiviti luar pejabat bersama
Bersosial bersama di luar waktu kerja adalah cara paling efektif dalam menjalinkan hubungan dengan teman sekerja. Anda mungkin boleh keluar makan, membeli-belah, atau menjalankan apa jua jenis aktiviti yang disukai. Paling tidak pun anda boleh menghadiri majlis perkahwinan teman sekerja dan pastinya mereka yang lain turut ada di sana. Dari situ pula, anda bileh memulakan perbualan ringan yang bakal menjadi permulaan kemesraan.
Hulurkan bantuan
Menghulur bantuan adalah perkara baik jadi mengapa tidak dilakukan kepada teman sekerja. Jenis bantuan itu bagaimana pun terpulang kepada kemampuan dan keihklasan anda sendiri.Tawarkan diri jika mahu membantu teman sekerja yang mungkin dalam kesulitan. Rasanya bukan satu masalah besar jika anda mahu menumpangkan mereka ke perhentian bas berdekatan.
Gurau-senda
Bergurau senda mempunyai elemen magis dalam merapatkan hubungan sesama manusia. Jadi tonjolkannya secara semula jadi jika anda memiliki sifat itu. Namun usah keterlaluan sehingga menyentuh sensiviti seseorang, terutamanya buat orang yang baru dikenali. Dalam masa yang sama, jangan terlalu memaksa diri. Meski pun anda mungkin tidak kreatif bergurau, namun pastinya ada masih boleh ketawa. Itu sudah cukup untuk satu permulaan yang baik.
Elak berprasangka @ melabel
Setiap teman sekerja mempunyai ragam tersendiri. Jadi sebagai seorang yang belum benar-benar mengenali, anda sama sekali tidak digalakkan untuk melabel apatah lagi menghukum seseorang. Usah terus mempercayai cerita orang tanpa mengenali individu berkenaan. Mungkin apa yang dikatakan hanyalah khabar angin yang telah ditokok tambah. Kenali individu tersebut, mana tahu anda mungkin serasi denganya.
Elak tunjuk pandai berlebihan
Bagi yang sudah mengenali, elakkan daripada menunjuk pandai di awal perkenalan. Gunakan saat-saat itu untuk lebih memahami sosok individu itu. Jangan pula anda menjolok sarang tebuan kerana hunbungan bukan sahaja akan bertambah renggang bahkan mampu mencetuskan pergaduhan. Anda mungkin mempunyai pendapat sendiri namun pilih masa yang sesuai untuk meluahkannya.
Minta @ bertukar-tukar pendapat
Alternatif lain untuk merapatkan hubungan dengan teman sekerja ialah dengan menanyakan pendapat. Pastinya mereka mempunyai pendapat yang berbeza-beza yang mungkin mampu meningkatkan lagi prestasi kerja anda. Dalam bekerjasama itu, secara perlahan -lahan hubungan yang terjalin akan bertambah erat.
|
baik
ReplyDelete