Koleksi Mutiara kata 1
* Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.
* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu
perkara iaitu USAHA.
* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.
* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.
* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.
* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan
membawa kepada impian.
Koleksi Mutiara Kata 2
Mutiara Kata
Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.
Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat
benda -benda yang kotor
"buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan"
"cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH
s.w.t akan abadi"
Wanita itu sendiri adalah rahsia
Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar
ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang
mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita
ke jalan Allah.
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu
sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan
waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal
kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu
akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu
dari segala ketenangan jiwa.
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut
padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...
SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN
BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.
"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar,
tetapi tidak melihat apa-apa"
"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa
menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"
JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN DEMI SAHABAT
ANDA TERSEBUT,
JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK
MENGALAH DEMI PERSAHABATAN KALIAN.
Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan
Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara
Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
" USAH DITURUTI REAKSI EMOSI, LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN
APA YANG DIIMAGINASI "
WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS
UNTUK MEMERINTAH, BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK,
TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA DAN BERDEKATAN
DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI DAN HATI YANG
MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.
" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu
adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan
dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji."
(La Roche)
"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh
membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.
Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik
berlandaskan kenyataan"
" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman
seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima
penderitaan.
( Harieta Wahab)
Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan
" Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggal leher seorang lelaki.
( A.L Alek Wong)
" Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya. Jangan pula terlalu
membenci seseorang, kelak kita akan menyayanginya."
"Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka
tiadalah perpisahan"
" Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara
menyelesaikan masalah yg paling berkesan"
" Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan
menyakiti orang lain."
" Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya
hidup bahagia di dunia dan akhirat"
"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang
akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah
dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
( Saidina Ali)
" Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek
moyang"
(Saidina Ali)
"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."
" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika
engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"
"Orang yang paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"
"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain
menganggapnya sebagai batu lonjatan."
"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan
hasilnya."
"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang
orang lain ada."
"Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan
padanya."
"Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal
tertinggi, Dan engkau akan mencapaiyang tertinggi."
"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."
"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada
hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat
ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang
menjelma."
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak
pernah mengalah."
"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara
yang betul."
"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
"Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti
akan menghasil kecemerlangan."
Koleksi Mutiara Kata 3
1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar
senyuman.
2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal
karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan
selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah
kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup
tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit
dengan ikhlas pula lebih mulia! dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa
yang tidak mempunyai masa depan.
10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata
yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan
agama.
13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu
cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar
akhlaknya.
14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat
kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan
memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan
kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap
kosong.
17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya
digunakan.
18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda
memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena
jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri
dilahirkan dari sebuah kemesraan.
21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah
mutiara di lautan.
23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia
melihat.
24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti
pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya ayak dibuat kayu api.
25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong
pesanan.
26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang
menumpahkan darah.
27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita me! makainya semua akan dapat merasa
keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada
teman anda.
28)Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok
yang pastikan mendatang.
29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .
30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang
mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita
ke jalan Allah.
31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu
sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan
waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal
kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu
akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu
dari segala ketenangan jiwa.
32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana
takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam
hati...
33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar,
tetapi tidak melihat apa-apa"
34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa
menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan
Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara
Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan
itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan
dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
37)"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"
38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia
boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya
perasaan"
39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri
sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik
berlandaskan kenyataan"
40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman
seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima
penderitaan.
41) Hadiah Terbaik :
-> Kepada kawan - Kesetiaan
-> Kepada musuh - Kemaafan
-> Kepada ketua - Khidmat
-> Kepada yang muda - Contoh terbaik
-> Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
-> Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
-> Kepada manusia - Kebebasan
42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara
menyelesaikan masalah yg paling berkesan"
43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan
menyakiti orang lain."
44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya
hidup bahagia di dunia dan akhirat"
45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu
yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih
lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek
moyang"
48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."
49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika elok menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika
membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"
50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"
51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain
menganggapnya sebagai batu lonjatan."
52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut
dengan hasilnya."
53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang
ora ng lain ada."
54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan
padanya."
55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan anda akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal
tertinggi, Dan Anda akan mencapai yang tertinggi."
56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."
57)"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada
hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat
ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."
58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusi! a untuk menyambut kesempatan yang
menjelma."
59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang
tidak pernah mengalah."
60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara
yang betul."
61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan,
pasti akan menghasil kecemerlangan."
63) Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu
basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu." "
Himpunan Mutiara Kata 4
Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat. Tetapi andainya kita boleh menjadikan
orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat –DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Tak mampu buat semua jangan tinggal semua – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadangkadang
yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala
gembira, berjaya dan ternama – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah – DR.
HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai – DR. HM TUAH ISKANDAR al-
Haj
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna.
Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu
kekuatan – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya
perasaan – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kaya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti –
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Tidak perlu merayu pada orang yang sudah tiada simpati. Hati kita milik kita. Bawalah hati itu
dan pergilah dari situ."
"Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati,
merindui."
"Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah. Ada kalanya meragam
juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih
mengerti."
"Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah kita
miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila,
ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan."
"Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang di tangan sendiri
sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk-muluk pada kepunyaan orang
sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki."
"Jangan mudah membuang, tambah-tambah lagi jika ia bukan barang tapi orang."
Boleh diharap merupakan asas pertama peribadi yang baik.
Sifat peribadi anda dapat ditentukan menerusi rakan-rakan anda
Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah
tingkah laku anda.
Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan
kita berhadapan dengan kecemasan.
Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.
Sesetengah orang menggunakan jam yang murah. Jam seperti ini tidak boleh diharap.
Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib.
Antara nasib dan takdir adalah suatu yang lebih kurang sama. Mereka akan berubah hanya
dengan doa kita dan dengan keizinanNya.
Kemahiran dan ilmu semakin diguna semakin banyak.
Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok,
hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna...
Seekor singa yang ganas lebih mudah ditentang daripada seorang pemerintah yang kejam, dan
pemerintah yang kejam lebih mudah dihadapi daripada angkara fitnah yang berkekalan.
Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat
mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.
Jaga-jagalah bergurau, kerana ia membawa kepada keburukan dan menimbulkan rasa dendam.
Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah
dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin
memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda
dengan orang itu.
Mutiara Kata Dr. HM Tuah Iskandar 5
“Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan
penamat tidak pernah selesai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati,
daripada hidup bagaikan arang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda
pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang
berharga.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik.” –
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih
pandai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
“Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
“Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang yang
tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat
untuk diperdayakan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
“Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.” – DR.
HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau menyerang
boleh padam.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Kaya bukan tiket hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
“Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila
dah dapat itulah punca masalah hidup kita.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai.” – DR. HM
TUAH ISKANDAR al-Haj
”Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya
kecemerlangan. ” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
“Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang
menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik
untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Pesawat yang betul bukan saja memastikan kita selamat ke destinasi yang betul, tapi
penghujung yang betul.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Baca buku menyuluh ilmu. Ilmu dibaca banyak manfaat, kenapa susah sangat nak baca buku.
Kan buku tu penuh khasiat.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Bawa pulang seorang sahabat yang tidak jemu-jemu menasihat – buku.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
”Setiap jalan keluar dari alam perkahwinan jawapannya derita, sengsara dan air mata.” – DR.
HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Nak mencium wangi jangan berdiri atas duri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Tanamlah benih yang baik supaya kamu memetik hasil yang baik.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
“Nak buat sesuatu jangan terjah dulu tapi belajarlah dulu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-
Haj
“Fikir itu kepalanya berkat.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Cinta untuk dinikmati bukan ditangisi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Tak semua yang indah tu membahagiakan, kadang-kadang ia hanya indah di anak mata, bila di
tangan sendiri ia berubah warna.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tak mungkin dicapai, bumi
setia di bawah telapak kaki.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
”Tak ada orang untung sepanjang masa; ada ketikanya rugi jugak; tak ada orang rugi sepanjang
masa, ada ketikanya untung jugak. ” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Tatkala kita di bawah yakinlah kita pasti akan berada di atas, dan tatkala kita berada di atas
yakinlah kita tak selamanya di situ.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Bertindaklah seperti apa yang kita nak jadi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Usah berhenti mencari maklumat baru sebab setiap maklumat baru menjadi titik pemisah kita
daripada tertipu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Kecemerlangan itu bermula dari kebahagiaan dan kebahagiaan itu bermula dari keredhaan
TUHAN, manakala keredhaan TUHAN itu datangnya dari semua perbuatan baik yang kita
lakukan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Hidup bukan perjudian tapi perjuangan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap
pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih
istimewa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Perjalanan adalah sebaik-baik guru.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Mengajar binatang bercakap lebih mudah daripada mengajar manusia berhenti bercakap.” –
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Perkahwinan adalah satu tanggungjawab untuk saling bertanggungjawab.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
“Tak guna membeli buku kalau tak dibaca, tapi itu lebih baik daripada langsung tak kenal buku.”
– DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Kita menghormati diri kita apabila kita berikan dia kesempatan mengenal ilmu.” – DR. HM
TUAH ISKANDAR al-Haj
“Berfikirlah dulu sesaat sebelum bertindak terus sepuluh minit.” – DR. HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
“Hakikatnya banyak bangsa di dunia ini telah merdeka tapi fikirannya masih terbelenggu oleh
penjara diri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Yang mahu ke depan ramai. Yang sanggup berdepan saja tak ramai.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
“Kalau nak tahu kita ini tinggi atau rendah, jangan tengok orang tinggi tapi tengoklah orang
rendah.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Bagi yang tahu, yang susah itu adalah senang, bagi yang tak tahu yang senang itu adalah susah.
Tapi bagi yang tak tahu tapi mengaku tahu, yang senang itu akan menyusahkan orang yang
tahu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Orang yang hidupnya menyusahkan orang sebenarnya bukanlah orang.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
“Perkara yang paling seronok dibuat ialah berhutang, perkara yang paling susah untuk dibuat
ialah membayar hutang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Pada asasnya hidup itu tidaklah susah, yang susah ciri-ciri untuk menjadikan hidup itu suatu
kehidupan dan biasanya ciri-ciri itu kita sendiri yang menciptanya.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
“Sesuatu yang berharga tak mudah mendapatkannya, ibarat memetik bintang di hujung dunia.” –
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Bukan semua laba itu nikmat, adakalanya laba mendatangkan bala.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
“Genggam bara api biar sampai jadi intan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Kalau hidung masih berhingus jangan fikir soal kahwin, tapi kalau hidung asyik berhingus itu
mungkin tanda menyesal sebab berkahwin.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Jodoh memberatkan kepala, setelah mendapat jodoh boleh jadi semakin memberatkan kepala.”
– DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Biar berdiri di puncak tertinggi tapi tanah masih di kaki daripada kaki memang di tanah, tapi
merasakan tidak jejak ke bumi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
”Penjara diri jauh lebih berbahaya daripada penjara besi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Nak tidur itu mudah, yang payah nak tidur nyenyak sepanjang malam, bebas dari igauan ngeri,
bebas dari gangguan nyamuk, bebas dari ngorok.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Negara yang maju bukan negara yang merdeka tapi bagaimana mereka menafsirkan erti
kemerdekaan itu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Lihatlah alam cari kehebatan, lihatlah diri cari motivasi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Selamatkanlah dirimu dari penjara diri kerana ia lebih berbahaya daripada penjara besi.” – DR.
HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Usah ditengok tuahnya orang, tuah sendiri berada di kaki, usah tergadai menjadi arang, tapi
terus teguh memotivasi diri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Pelajaran itu penting, ibarat lilin apabila bekalan elektik terputus.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
“Kan lebih bagus kita ada benda dan boleh berbangga dengan apa yang kita ada daripada kita
langsung tak boleh berbangga sebab langsung tak ada apa-apa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
“Jadilah cerdik supaya bergeliga, tapi tak usah terlalu bergeliga nanti hilang pula cerdiknya.” –
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Bukan lawa dan hansem saja
matlamatnya, tapi kesihatan yang utama.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya.” – DR. HM
TUAH ISKANDAR al-Haj
“Kita tertarik ke belakang, faktor luaran tak banyak campurtangan, yang sebetulnya diri kita
sendiri yang jadi dalang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
“Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak
menjadi pahit.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Maut juruintai yang tak pernah lalai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati,
daripada hidup bagaikan arang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Tak ada kerja cuba menjaja, cuba-cuba jugalah menjaja gula, tak ada kerja cari kerja, dah ada
kerja tak senonoh pula.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri.” –
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Berjaya dalam hidup sekarang ini ialah lambang orang yang bekerja keras. Hanya orang yang
bekerja keras dan kuat berusaha akan menikmati kejayaan. Dan hanya orang yang berani saja
akan mampu menterjemahkan kejayaannya dalam bentuk benda. Dan hanya orang yang betulbetul
larat, berkeupayaan dan berkemampuan saja yang sanggup memiliki benda yang jarangjarang
orang mampu memilikinya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Alam sediakalanya cantik dan semua usaha dalam alam ini asalnya cantik, tinggal kita saja nak
bagi lebih cantik atau tak nak bagi cantik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Musuh kita yang paling jahat adalah hati kita, tapi kawan kita yang baik pun adalah hati kita.” –
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
”Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai itu cabaran
namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.” – DR. HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
“Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.” – DR. HM TUAH ISKANDAR
Kata-kata Motivasi
Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda
dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam
merealisasikan impian anda.
Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier
Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya
adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen
Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina
Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli
Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin
Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan
kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle
Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan
kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting
ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan
kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel
Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze
Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze
Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze
Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding
kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda
tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras
dengan tindakannya.
- Confucius
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah
melakukan satu kesalahan lagi.
Kata-kata hikmah
Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….. Iman itu bukan
hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan…
Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..hakikatnya tanpa usaha keajiabpan
tidak akan berlaku.
kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita
boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan
jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta
keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang
sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..jadi sebelum berkata fikirkan
akibatnya..
zaman berubah tetapi..dendam manusia tidak pernah berubah..
lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..tapi, percintaan yg akan menyebabkan mereka
menangis..
nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan
jadilah ubi yg bertutup rapat…bukan kek yg berkrim tetapi..diharungi lalat..
kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan…
manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..tidak dapat bebas dengan
sempurna..kecuali tali itu putus…barulah ia bebas melayang…
Koleksi mutiara kata
* Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri.
* Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu.
* Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.
* Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.
* Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya.
* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu
perkara iaitu USAHA.
* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.
* Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, menghadiri persidangan sebagai
persediaan menjadi lelaki yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati.
* Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada dikesani oleh orang lain.
* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.
* Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap
* Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat
kebaikan.
* Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka.
* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
* Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri. Anak perempuan kekal
menjadi anak perempuan seumur hidupnya.
* Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.
* Imaginasi menguasai dunia.
* Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai.
* Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.
* Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih
dahulu.
* Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.
* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
* Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan
mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka.
* Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.
* Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada beliau mencintai
lelaki tersebut.
* Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk
menaiki tangga tersebut.
* Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam.
* Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.
* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana
* Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding
kesalahan kepada pihak lain
* Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda &
menguatkannya dari hari ke hari
* Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa yang anda dapat.
* Lelaki yang bijak dapat membaca buku & kehidupan sekaligus.
* Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang dimiliki
* Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.
* Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
* Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk membina sebuah monumen yang
indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai
* Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat
mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.
* Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat.
* Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah.
* Mimpi itu adalah perlu dalam hidup.
* Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan.
* Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain.
* Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya.
* Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya.
* Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama daripada cuba untuk mengejar
impian-impian lain selepasnya.
* Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.
* Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini
sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda.
* Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa
hidup.
* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
* Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda perlindungan dengan tidak
memusnahkannya.
* Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk
melakukannya adalah hinaan kepada Allah.
* Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.
* Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca
* Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada.
* Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri manusia
* Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain
capai
* Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal
* Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa
menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku
* Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah manusia
* Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk kita rasai nikmatnya.
* Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan
* Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi
* Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui
perlaksanaan.
* Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih
menghargai kesihatan.
* Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu.
* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan
* Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya.
* Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama
* Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian
* Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita & kejayaan
* Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat
* Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan
* Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia
mempunyai anak sendiri
* Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri anda yang sebenar
* Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api di dalamnya kita terbakar
* Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan akan menamatkan manusia
* Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya
* Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya
* Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan
* Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki
kelemahan diri
* Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga
setanding dengan apa yang kita usahakan
* Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.
* Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.
* Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit.
* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan
membawa kepada impian.
Mutiara Kata 6
* Kekuatan tidak datang dari kemampuan fisik, tetapi ia datang dari semangat yang tidak pernah
mengalah
* Orang yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang yang kuat kemahuannya dan sanggup
melaksanakan sesuatu dgn tabah dan tekun mengikut prinsip yang dipegangnya.
* Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus
kepadanya tanpa menyimpang.
* Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan.
* Tidak ada usaha yang gagal, kegagalan adalah usaha untuk mencapai kemenangan.
* Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan
memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan
kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
* Cita-cita tanpa usaha ibaratkan mimpi yang indah dan membawa kegagalan dan kekesalan di
dlm diri kelak.
* Orang yang benar-benar ingin berjaya akan mula memotivasikan diri sendiri terlebih dhulu,
kerana hanya dia yang memiliki kunci penggerak dirinya.
* Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam
usahanya.
* Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa
yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.
* Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin, basah dan lembab, tidak disukai insan.
tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang
subur.
...
ReplyDelete