Tuesday, September 8, 2009

JOM SAMA SAMA KITA AMALKAN..

Bermula dengan hubungan saya dengan Allah, seterusnya membawa kepada hubungan sesama manusia saya berazam untuk cuba konsisten:

  1. Solat di awal waktu.
  2. Sentiasa dalam wudhuk.
  3. Melatih diri berselawat keatas nabi saw/berzikrullah/membaca surah2 lazim yang pendek di kala memandu ke mana-mana, takkala memasak di dapur atau sedang melakukan gardening di luar rumah.
  4. Solat Dhuha sekurang-kurangnya 2 rakaat kemudian membaca ayat Seribu Dinar dan surah al-Waqiah selepasnya.
  5. Berusaha mengaji al-quran setiap hari sekurang-kurangnya 2 m/s setiapkali selepas Solat Zohor dan Asar. Jika lapang selepas Maghrib(kalau saya dapat siapkan juadah dinner awal) dapatlah sambung ngaji sementara menunggu masuknya Isyak. Alhamdulillah, sejak 2/3 tahun ini saya menggunakan Musyaf Tajwid beserta terjemahan(terbitan Darul Fikir) yang memudahkan saya menyemak terjemahan ayat2 yang dibaca serta dapat cuba memahami maksudnya.
  6. Sujud syukur setiap kali selepas solat fardhu/sunat.
  7. Membaca surah al-Mulk selepas solat Isyak.
  8. Membaca 4 Qul & ayat Kudsi sebelum tidur.
  9. Berusaha mempelajari Hadis Rasulallah saw dan cuba mengamalkannya. Buat masa ini saya menggunakan kitab Riyadhus Shalihin(Taman Orang-orang Soleh) oleh Imam Nawawi(terbitan Pustaka Nasional) untuk belajar memahami, merenungkan dan cuba mengamalkan yang termampu hadis2 Nabi saw. Saya berazam untuk khatam kedua-dua jilid Riyadhus Shalihin selagi hayat masih ada dengan memohon pertolongan Allah swt dalam memberi kefahaman mengenainya.
  10. Meluangkan masa membaca Sirah Nabi saw untuk lebih mengenal dan mencintai Rasulallah saw.
  11. Meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam setiap hari mendengar kuliah/tazkirah dari mana2 majlis ilmu melalui internet.
  12. Membiasakan telinga mendengar bacaan ayat-ayat suci al-quran melalui kaset takkala sedang melakukan kerja2 rumah . Saya suka mendengar bacaan al-quran yang disampaikan oleh Syeikh Muhammad Jibril/Syeikh Saad Said al-Ghamidi/SYEIKH MISYARI ALA AFSYI yang bacaannya tidak begitu laju dan senang diikuti(terutama bagi surah-surah dalam Juzuk 30). Sesekali saya memasang kaset kuliah Ustaz Shamsuri sebagai halwa telinga sambil tangan menguli tepung/menggoreng donat. Kuliah oleh Ustaz Shamsuri bagi saya kebanyakannya lebih bersifat santai dan senang difahami/diterima walaupun sedang melakukan tugasan lain.
  13. Memperbanyakkan bersedekah.
  14. Menyebarkan salam.

Semoga dikurniakan Allah kelapangan masa, akal yang sihat serta kesihatan yang baik agar saya dapat melakukan garis amalan tadi(motivasi buat diri sendiri) secara berterusan. Jika dapat bertahan tunaikannya (dengan izin Allah), syukur alhamdulillah. Sekurang-kurangnya saya 'merasa berjaya' melakukan ibadat yang konsisten walaupun mungkin ianya sedikit berbanding amalan yang dilakukan insan-insan lain. Apa2 pun, moga Allah mudahkan segala urusan, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment