1) Apabila anda sudah biasa membuat silap, apa yang betul terasa silap dan yang silap terasa betul.
2) Semua orang mempunyai sumber yang diperlukan untuk menjadi orang cemerlang.
3) Peribadi dan prestasi kita sering dipengaruhi oleh kawan-kawan. Justeru, carilah kawan yang positif dan cemerlang.
4) Setiap kegiatan yang kita lakukan masih belum sempurna dan masih boleh diperbaiki.
5) Orang yang berfikiran negatif mempunyai sepuluh kali ganda peluang mendapat sakit berbanding orang yang berfikiran positif.
6) Makanan kepada penyakit adalah pemikiran yang kotor dan negatif.
7) Kunci pembangunan diri adalah bersedia melakukan perubahan positif walaupun kecil, hari ini juga.
8) Dengan mendidik orang lain, kita akan menyentuh kehidupannya sepanjang hayat.
9) Semua penyakit ada ubatnya. Ubatnya ada di dalam diri kita.
10) Buatlah kebaikan atau perubahan positif setiap hari seolah-olah hari ini mungkin hari kita yang terakhir di dunia ini.
11) Orang cemerlang suka melakukan perkara yang orang gagal tidak suka lakukan.
12) Apabila anda berani mengaku bersalah, itu tanda anda semakin bijaksana.
No comments:
Post a Comment