Anakku …
1. Apabila mendengar azan, bangunlah segera dan Solat.
2. Amalkanlah Zikrullah dan selalulah membaca Al-Quran.
3. Amalkanlah Solat Hajat selepas Solat Isyak dan jika dapat, bangunlah untuk Solat Tahajud sepertimana yang abang lakukan sewaktu akan menghadapi EXAM dulu.
3. Berusahalah untuk terus belajar bahasa Arab. Kan bahasa Arab tu, bahasa Al-Quran dan bahasa di Syurga..
4. Jangan banyak bertengkar kerana ia tidak baik untuk diri abang. Jangan berdendam dengan sesiapa. Mari kita kenangkan kebaikan orang dan cuba lupakan keburukannya. Kena ingat kita juga ada kelemahan, bukan sempurna.
5. Jangan banyak ketawa, ia boleh menyusahkan diri abang dan membawa keburukan. Banyak ketawa boleh mematikan jiwa.
6. Jangan bergurau berlebihan dengan kawan2 abang.
7. Jangan bercakap terlalu kuat hingga mengganggu orang lain.
8. Jangan mengumpat di belakang kawan.
9. Berkenalanlah dengan ramai orang kerana ia boleh menggerakkan asas dakwah dan merapatkan ukhwah. (jangan berkawan dalam satu kumpulan kecil sahaja)
10. Kewajipan lebih banyak daripada masa. Oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik2nya.
No comments:
Post a Comment