1) Pelajar yang cemerlang tekun menjalani riadah bagi menjaga kesihatan fizikal dan mental.
2) Pemakanan yang seimbang penting bagi menjana pemikiran yang cerdas dan memori yang tajam.
3) Pelajar dapat mengingat sehingga 90 peratus bahan yang dipelajari apabila diaplikasikan dengan menjawab soalan yang berkaitan dengan bahan yang dibaca.
4) Cari tempat tenang untuk belajar. Elakkan mendengar muzik semasa belajar.
5) Belajar sambil mendengar muzik mengurangkan tumpuan dan menghakis keberkatan ilmu.
6) Senyum sambil belajar membantu proses pembelajaran.
7) Kaedah belajar paling berkesan adalah dengan melakar peta minda. Tetapi cuma 20 peratus pelajar yang belajar menggunakan peta minda.
8) Bangun pagi dengan tersenyum dan berdoa supaya sepanjang hari menjadi ceria dan bersemangat.
9) Orang yang gembira tidak semestinya tersenyum. Tetapi orang tersenyum pasti gembira.
10) Apabila anda sudah biasa membuat silap, apa yang betul terasa silap dan yang silap terasa betul.
No comments:
Post a Comment