1) Maafkan semua orang sebelum tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda.
2) Orang yang hatinya bersih makbul doanya, cerdas otaknya, sihat badannya, cun wajahnya dan ramai kawannya.
3) Mulai hari ini perbaiki setiap tindakan dan amalan kta untuk menjadi pelajar terbilang.
4) Jadikan diri anda sebagai ‘besi berani’ yang sentiasa menarik perkara positif kepada diri anda.
5) Sedarilah hakikat bahawa setiap perubahan yang anda lakukan akan mengubah dunia di sekitar anda.
6) Anda tidak boleh berubah selagi anda tidak menerima hakikat yang anda perlu berubah.
7) Langkah pertama untuk berubah ke arah yang lebih cemerlang adalah dengan menerima hakikat yang anda sebenarnya bermasalah.
8) Orang cemerlang menunjukkan hasil. Orang gagal memberi alasan.
9) Kenali diri anda yang sebenar sebelum anda dapat menyerlahkan kecemerlangan diri anda.
10) Tuhan bertindak seperti mana yang difikirkan oleh hambanya.
No comments:
Post a Comment