BUAT SEMUA CALON PEPERIKSAAN PMR DAN SPM... MOGA MEMBERI MANFAAT..
Tatkala menerima kertas soalan peperiksaan lakukan perkara berikut :
- Baca Bismilllah
- Baca Al-Fatihah sekali dan selawat 3 kali
- Berdoa dalam hati dengan ikhlas dan penuh harapan . Pohon ditambah kekuatan di samping kekuatan yang sedia ada
- Baca soalan dengan tenang . Fahamkan kehendak soalan dan kata kunci
- Jawapan tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang . Tepat dan memadai
- Jawapan berbentuk esei , mesti ditulis dalam perenggan-perenggan . Satu perenggan satu idea atau satu isi
- Jawapan mesti relevan , yakni berkaitan dengan soalan
- Ayat-ayat hendaklah pendek dan betul struktur tatabahasanya
- Tulisan hendaklah jelas dan mudah dibaca . Tulisan boleh mempengaruhi mood pemeriksa untuk meneliti jawapan kamu sepenuhnya dan markah yang diberi
- Sebelum menulis , susun dulu isi-isi , agar tidak ketinggalan
- Data yang sesuai , jika dapat memperjelaskan jawapan , amat perlu . Contohnya tarikh , nama orang , tempat , judul buku atau perangkaan
- Di dalam perenggan terakhir , berikan kesimpulan atau ringkasan isi-isi
Ingatlah bahawa kamu tidak boleh memperbodohkan pemeriksa , kerana setiap pemeriksa adalah pakar dalam mata pelajaran masing-masing .
No comments:
Post a Comment